KALAU hendak berpolitik biarlah berpada-pada telahan lagi jika berada di tempat orang. Biasanya orang-orang Borneo tidaklah suka untuk berkelahi telahan lagi dengan tetamu tetapi andaikata tetamu itu tidak tahu menghormati penduduk setempat sememangnya akan ada bahana yang menunggu kelak.
Begitulah ceriteranya seorang yang bernama Wan Muhammad Azri bin Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo iaitu ahli Pemuda UMNO yang sebentar tadi rombongannya telah “diserang” oleh sekumpulan lelaki Sabah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah. Seramai lebih 10 orang pemuda Sabah menunggu beliau maka berlakulah maki-makian sehingga andaikata tidak disuraikan oleh Polis mungkin boleh menimbulkan kecederaan.
Tindakan “balas dendam” ini berlaku kerana Papagoma telah bersikap kurang ajar ketika berkempen membantu BN di Kimanis kerana telah mengoyakkan gambar Ketua Menteri Sabah berserta dengan kata-kata cacian. Satu hal yang sememangnya tidak boleh dipandang enteng sahaja.
Papagomo bukanlah asing bagi kita di Sarawak dan dek kerana sikap beliau itulah maka sehingga sekarang PAPAGOMA adalah antara individu dari Malaya yang akan terus DISENARAIHITAMKAN memasuki Sarawak. Autonomi Imigresen yang akan terus dipegang dan dimartabatkan oleh Kerajaan Sarawak bagi membendung hal seperti ini dari berlaku. Berpolitik ada batasnya dan budaya “ganas” seperti itu sememangnya HARUS KITA TOLAK!
No comments:
Post a Comment