BAYANGKAN selama ke hari ini kita berbangga andai anak Sarawak yang berjaya di menara gading menyumbangkan kudrat mereka dengan berbakti untuk ibu pertiwi mereka iaitu Sarawak. Telahan lagi bidang perkhidmatan yang diberikan adalah yang paling dekat dengan rakyat iaitu di sektor kesihatan. Apalah rasanya andainya secara tiba-tiba menerima notis penamatan kontrak perkhidmatan tanpa sebab yang kukuh sedangkan kita almaklum bidang perkhidmatan merekalah yang amat penting serta agak sukar untuk diisi selama ke hari ini.
Nasib malang itu menimpa dua orang doktor muda di Hospital Sibu iaitu Dr. Bong Ing Hui dan Dr. Wong Woan Hui. Kedua-duanya menerima notis penamatan kontrak perkhidmatan mereka dari Kementerian Kesihatan TANPA SEBAB YANG DINYATAKAN. Dr. Wong yang bertugas di Jabatan Obstetrik dan Ginekologi telah bertugas lebih dua tahun dan lulus kertas bahagian 1 Member of Royal College of Obstetrics and Gynaecology (MRCOG) pada Febuari 2018 manakala Dr Bong, doktor di Jabatan Pediatrik selama dua tahun dan setahun sebagai HO juga telah lulus kertas bahagian 1 Member of Royal College Peadiatric Child Health (MRCPCH) pada tahun 2018.
Pautan berita penuh:
Apakah pula permainan dari mereka di sebelah sana yang kita ingin ketahui. Yang pasti nasib malang kedua-dua doktor muda kelahiran Sarawak harus dibela oleh Kerajaan Sarawak itu sendiri.
No comments:
Post a Comment