BEBERAPA hari yang lepas kita menerima perkhabaran yang tidak menyenangkan tatkala Kerajaan Persekutuan telah memendekkan tempoh perkhidmatan Pengerusi UNIMAS di kalangan anak Sarawak iaitu Tan Sri Sulung Matjerie dan kemudiannya mengangkat seorang Malaya iaitu Tan Sri Dr Kamal Mat Salih yang juga seorang ahli politik dan Pengerusi MIER menggantikannya menjadi Pengerusi Unimas.
Lebih memedihkan kita sebagai rakyat Sarawak, Kerajaan Persekutuan membuat keputusan dengan TIDAK MERUJUK kepada Kerajaan Negeri Sarawak yang juga merupakan pemegang taruh untuk Universiti Malaysia Sarawak itu sendiri. Sebelum ini semenjak UNIMAS ditubuhkan kesemua Pengerusi adalah pilihan dan mendapat persetujuan Kerajaan Negeri Sarawak dengan ianya dibarisi oleh cerdik pandai di kalangan anak Sarawak itu sendiri.
Adalah sesuatu yang menjengkelkan tatkala hal seperti ini berlaku kerana sudah terang lagi bersuluh, Kerajaan Persekutuan cuba bermain politik dengan isu ini dengan meletakkan seorang yang bukan anak Sarawak memegang tampuk pimpinan UNIMAS. Walau apapun alasan, hak Kerajaan Negeri Sarawak hendaklah didahulukan telahan lagi Sarawak TIDAK PERNAH KURANG dengan cerdik pandainya yang mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk satu institusi pengajian tinggi yang berada di negeri Sarawak sendiri.
Jika hal sekecil ini dibiarkan berleluasa apakah yang akan terjadi di kemudian hari. Sememangnya harus Kerajaan Negeri Sarawak membantah dan meminta untuk kuasa itu dikembalikan semula. Ke manakah pula janji Kerajaan Persekutuan yang sebelum ini gah untuk menghormati proses penurunan kuasa seperti yang termaktub di dalam Perjanjian Malaysia 1963. Ini namanya “cakap tidak serupa bikin”.
#IAMSARAWAKIAN
No comments:
Post a Comment