SEBAGAI negara yang mana pesawatnya pernah ditembak sehingga mengakibatkan kesemua penumpang dan anak kapal terkorban di dalam tragedi MH17 iaitu pesawat Sistem Penerbangan Malaysia yang berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada tanggal 17 Julai 2014, sememangnya nasib yang menimpa pesawat penumpang Ukraine dari Tehran ke Kiew begitu dekat di hati.
Telahan lagi pada hari ini, Iran yang sebelumnya menafikan perbuatan mereka akhirnya mengaku bahawa pesawat Ukraine yang membawa 176 penumpang dan anak kapal itu ditembak oleh peluru berpandu mereka tanpa sengaja.
Pautan berita penuh:
Sesungguhnya berita ini amatlah mendukacitakan kita semua kerana penumpang dan anak kapal Boeing 737 tersebut langsung tiada perkaitan dengan konflik yang melanda Iran dan Amerika Syarikat sekarang. Semoga ada keadilan untuk kesemua yang terkorban sepertimana kita menuntut keadilan untuk MH17 kita.
No comments:
Post a Comment