Saturday 18 January 2020

KEMBALIKAN HAK SARAWAK SABAH DI DALAM PINDAAN ARTICLE 122AB


JIKA tidak kerana ianya diwar-warkan oleh Ketua Hakim Sabah dan Sarawak iaitu Tan Sri Datuk David Wong Dak Wah mungkin rakyat Sarawak mahupun Sabah hanya ternganga-nganga mulut dengan mampu bermain sentimen mengenai beberapa pindaan perlembagaan yang dibuat tanpa persetujuan Sabah dan Sarawak.  Dan kali ini pindaan Article 122AB yang menjadi “duri dalam daging” kerana ianya berkaitan dengan perlantikan Pesuruhjaya Kehakiman.

Mengulas isu tersebut, Datuk Seri Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar yakni Ahli Parlimen Santubong yang juga seorang pengamal undang-undang senior di Sarawak menyatakan bahawa beliau bersetuju dengan apa yang diutarakan oleh Ketua Hakim Sabah dan Sarawak itu kerana menurut beliau pindaan Article 122AB adalah antara pindaan yang dilakukan tanpa merujuk kepada persetujuan Sabah dan Sarawak itu sendiri.  

Tambah beliau lagi pindaan Article 122 adalah termasuk lima lagi article yang baharu iaitu Article 122AA, 122AB, 122B dan 122C yakni kesemuanya dibuat pindaan oleh Parlimen Malaysia pada tahun 1994.  Selepas pindaan tersebut menyatakan bahawa perlantikan Pesuruhjaya Kehakiman untuk Mahkamah Tinggi Malaya, Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak adalah dibawah bidangkuasa Yang Dipertuan Agung dengan nasihat daripada Perdana Menteri Malaysia selepas berunding dengan Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan.  Pindaan 122AB ini menurut Datuk Seri Wan Junaidi telah MELANGGAR Article 161E(2)(b) Perlembagaan Malaysia itu sendiri yakni dilakukan TANPA PERSETUJUAN SABAH DAN SARAWAK.  

Untuk itu adalah PERLU UNTUK MENGEMBALIKAN HAK SABAH DAN SARAWAK seperti yang tercatat di dalam Perjanjian Malaysia 1963.  


Pautan berita penuh:


Begitulah ceritanya satu lagi pindaan Perlembagaan yang menyaksikan Sabah dan Sarawak kehilangan hak di dalam melantik Pesuruhjaya Kehakiman.  Ianya berlaku pada tahun 1994 iaitu semasa Perdana Menteri Ke-empat sedang berkuasa.  Jika ianya melanggar hak Sabah dan Sarawak IANYA HARUS DIKEMBALIKAN.  Jangan sembrono mengambil kerana Sabah dan Sarawak bukannya negeri ke-12 dan ke-13 didalam Malaysia sebaliknya dua entiti pembentuk Negara Malaysia bersama Malaya dan Singapura (keluar tahun 1965).  

No comments:

Post a Comment