Sunday, 19 January 2020

PUSAT MEMPROSES HASIL PERTANIAN DAN PRODUK HUTAN DI LACHAU




PEKAN Lachau sememangnya antara kawasan yang menjadi “pit-stop” apabila di dalam perjalanan dari dan ke Sri Aman.  Disinilah banyaknya berkumpul gerai-gerai yang diusahakan oleh masyarakat tempatan Lachau menjual hasil pertanian dan hasil hutan buat “buah tangan” pengunjung-pengunjung yang menyinggahi tempat itu.  

Semalam ketika di dalam perjalanan kerja ke Sri Aman, Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg turut sempat menyinggahi pekan Lachau berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan bersama rombongan beliau.  

Ada perkhabaran gembira untuk masyarakat di Lachau apabil;a Ketua Menteri Abang Jo menyatakan akan mencadangkan kepada Unit Perancangan Sarawak untuk membina pusat memproses pertanian dan hasil hutan di Lachau itu sendiri.  Sekaligus andaikata ianya ada kelak akan memacu sosio ekonomi di Lachau.

Pautan berita penuh: 


Nota: Foto-foto CM Abang Jo bersama rombongan yang singgah di Pekan Lachau 19/1/2020. 

No comments:

Post a Comment