Friday 17 January 2020

GUNA KASUT APA SAHAJA WARNA ASALKAN KE SEKOLAH -PM TUN M-


BILAMANA mantan Menteri Pendidikan, YB Dr. Mazlee cuba membuat perubahan dengan memperkenalkan penggunaan kasut hitam bagi menggantikan kasut putih buat pelajar ianya mempunyai banyak maklumbalas daripada para ibubapa.  Dan tatkala beliau sudahpun tidak lagi menjadi Menteri Pendidikan, pihak Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan pekeliling untuk pihak sekolah membuat satu kajian mengenai penggunaan kasut sekolah berwarna hitam.  

Dan umum mengetahui, buat sementara waktu ini Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Mahathir telah memegang portfolio menteri pendidikan dan menurut beliau ketika menghadiri satu penerangan oleh MOE pada tanggal 16 Januari2020 berkata bahawa beliau tidak kisah apa sahaja warna kasut ke sekolah samada hitam, putih, kelabu dan sebagainya asalkan anak-anak kita ke sekolah.  


Pautan berita penuh:

No comments:

Post a Comment