Monday 13 January 2020

RAKYAT SARAWAK MAHU CM ABANG JO TERUS MEMIMPIN SARAWAK


DIAM tak diam sudah hampir tiga tahun, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg memegang teraju kepimpinan negeri Sarawak Bumi Kenyalang sebagai Ketua Menteri.  Banyak pancaroba yang telah beliau rintangi telahan lagi Gabungan Parti Sarawak yang merupakan gabungan parti-parti tempatan Sarawak yang beliau kemudi masih lagi baharu namun itu bukanlah persoalan kerana Sarawak itu harus diutamakan dan perkhidmatan beliau dan pasukannya sentiasa dituntut dan dilestarikan sebaik mungkin.  

Utusan Borneo yang merupakan akhbar tempatan no 1 di Sarawak telah membuat tinjauan dengan menemuramah sebilangan rakyat Sarawak berbicara mengenai kepimpinan CM Abang Jo dan rata-rata responden yang terdiri dari pelbagai peringkat masyarakat mahukan CM Abang Jo terus memimpin Sarawak Bumi Kenyalang apa adanya.


Pautan ulasan daripada responden adalah seperti berikut:


Dari kacamata admin, CM Abang Jo telah melakukan tugasannya dengan terbaik sekali dikala ini.  Kita almaklum berapa banyak “sekatan” peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan namun CM Abang Jo dan pasukannya TIDAK PERNAH BERALAH dan Sarawak terus “bermandikan” dengan projek demi projek biar menggunakan dana sendiri semata-mata bagi memastikan pembangunan Sarawak terus dapat dikecapi oleh segenap lapisan masyarakat.  

Tatkala yang disebelah sana asyik hiruk-pikuk dengan perebutan kuasa malah dengan tanggapan rasis dan sebagainya, CM Abang Jo lebih memilih untuk terus bekerja dengan cara acuan Sarawak sendiri tanpa sedikitpun beliau alpa untuk menuntut hak-hak Sarawak seperti yang selama ke hari ini menjadi titik perjuangan dan aspirasi rakyat Sarawak.  

Kekuatan Sarawak terletak di bahu kesatuan rakyatnya seperti kata pepatah lama, “Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh”.  CM Abang Jo pernah mengungkap kata bidalan lama tersebut pada tanggal 23 Disember 2019 apabila beliau tidak mahu rakyat Sarawak begitu mudah mempercayai anasir-anasir luar yang cuba memecahbelahkan kesatuan Sarawak yang sentiasa hidup di dalam keharmonian dan toleransi kaum yang terbaik di Malaysia.  

#IAMSARAWAKIAN
#SARAWAKDIUTAMAKAN

No comments:

Post a Comment