Monday 6 January 2020

PENGERUSI BARU UNIMAS LETAK JAWATAN


TAN Sri Dr. Kamal Mat Salih yang baharu seminggu dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sarawak yang mana perlantikan beliau TIDAK DIRUJUK kepada Kerajaan Sarawak sebelumnya TELAH MELETAK JAWATAN.  Antara sebab perletakan jawatan beliau adalah dek kerana Kerajaan Sarawak sendiri mahukan anak tempatan menerajui UNIMAS.  

Pautan berita penuh:


Ini merupakan satu tindakan yang terbaik daripada Tan Sri Dr. Kamal Mat Salih dan kita amatlah berharap agar TIADA LAGI Persekutuan cuba untuk melangkau adab dan peraturan yang sudah diikuti semenjak UNIMAS ditubuhkan yakni jawatan Pengerusi hendaklah terdiri daripada anak Sarawak sendiri dengan restu dari Kerajaan Sarawak.  Hakikatnya Sarawak TIDAK PERNAH KURANG dengan cerdik pandainya yang mampu memimpin UNIMAS mengikut acuan dan budaya Sarawak.  

No comments:

Post a Comment