Showing posts with label Pendidikan. Show all posts
Showing posts with label Pendidikan. Show all posts

Wednesday, 15 July 2020

PERKHIDMATAN BAS SEKOLAH PERCUMA SARAWAK DILANCARKAN


BUKAN janji “aik liur” tetapi ini janji yang ditepati sepertimana sewaktu pembentangan Belanjawan Sarawak 2019 yang lepas.  Dan semalam menyaksikan Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Patinggi Dr. Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg melancarkan Bas Sekolah Percuma Sarawak di bangunan Yayasan Sarawak, Kuching.  

Difahamkan perkhidmatan bas sekolah percuma di Kuching ini merupakan projek perintis yang mana apabila ianya sudah stabil kelak akan diperluaskan ke Sibu dan Miri secepat mungkin.  Buat masa sekarang, perkhidmatan bas sekolah percuma dibahagikan kepada 18 zon iaitu mencakupi daerah Kuching dan Samarahan yang mana ia melibatkan 32 buah sekolah.  Sementara itu ada 46 buah bas sekolah dan juga van sekolah yang terlibat.  

Pautan berita penuh:


Dikala sekarang rakyat terhimpit dengan kos sarahidup yang hidup telahan lagi kita masih berperang dengan Covid-19 sudah tentu bantuan daripada Kerajaan Sarawak bagi mengurangkan kos menghantar anak-anak ke sekolah akan memberi sedikit kelegaan kepada para ibubapa.  Untuk warga di Sibu dan Miri bersabarlah dahulu menanti perkhidmatan bas sekolah percuma menjengah ke tempat anda.  

Saturday, 22 February 2020

SARAWAK BAIKPULIH 56 SEKOLAH DAIF DI UTARA DENGAN BIAYA SENDIRI


JIKA diikutkan ianya adalah fungsi Kerajaan Persekutuan kerana pendidikan itu dibawah kuasa mereka namun begitu Kerajaan Sarawak dibawah Gabungan Parti Sarawak tidak terus diam tatkala walau ada cerita disebalik pembayaran RM1 Bilion kontra yang menjadi persoalan sekarang kerana 56 buah sekolah yang terletak di bahagian utara Sarawak akan dibaikpulih dengan menggunakan dana Kerajaan Sarawak sendiri.  Hal ini diwar-warkan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari di pelancaran GPS Zon 15A di Lawas hari ini.  

Menurut beliau, kesemua baikpulih sekolah daif di bahagian utara Sarawak akan diuruskan oleh Northern Region Development Agency (NRDA) yang mana melibatkan peruntukan sebanyak RM1.5 bilion. Tender-tender akan mula dikeluarkan tidak lama lagi bagi memastikan anak-anak di bahagian utara Sarawak mampu belajar di dalam suasana yang lebih kondusif.  

Pautan berita penuh:

Friday, 21 February 2020

TIGA KENYATAAN BERLAINAN, KEJUJURAN PUTRAJAYA WAJAR DIPERSOALKAN!


TATKALA Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Patinggi Dr. Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg mengatakan bahawa pembayaran kontra sebanyak RM700 juta untuk membaikpulih sekolah-sekolah daif di Sarawak telah dibayar kepada Putrajaya namun begitu tiada satupun sekolah yang dibaikpulih menggunakan peruntukan tersebut setakat ini sememangnya sesuatu yang amat mengecewakan kita semua.  Sebagai rakyat Sarawak sudah tentu kita menuntut mengapa hal ini harus terjadi kerana yang menjadi mangsa adalah generasi pelajar anak Sarawak yang masih lagi terkapai-kapai belajar di dalam situasi yang tidak menyenangkan.  

Dalam pada itu kita turut mendengar bagaimana reaksi Pengerusi DAP Sarawak iaitu YB Chong Chieng Jen yang seperti biasa akan cuba memutarbelit fakta demi untuk menyelamatkan “tuannya” di Malaya.  Di dalam kenyataannya dua hari yang lepas, Chong menyelar kenyataan KM Abang Jo dengan mengatakan bahawa kerja-kerja untuk membaikpulih sekolah daif sudahpun bermula.  


Hakikatnya apa yang cuba dimomokkan oleh YB Chong itu berlawanan dengan kenyataan daripada Lim Guan Eng iaitu bos sekapal dengannya di Persekutuan.  Ini kerana LGE sendiri mengaku bahawa tiada kerja-kerja baikpulih sekolah-sekolah daif dilakukan dengan menggunakan pembayaran kontra RM1 bilion yang dibayar oleh Sarawak.  

Antara alasan yang digunapakai oleh LGE bahawa kerja-kerja tidak dapat dilakukan adalah kerana Kementerian Pendidikan Sarawak yang mahukan sesetengah sekolah daif ini digabungkan menjadi satu sekolah sahaja.  

Pautan berita seperti berikut:

https://www.theborneopost.com/2020/02/20/sarawaks-centralised-school-idea-held-up-dilapidated-schools-repair-says-guan-eng/
Dan berbicara soal penggabungan sekolah daif itu juga turut mendapat respons Menteri Kerjaraya iaitu YB Baru Bian yang bertegas mengatakan bahawa penggabungan sekolah bukanlah alasan untuk tidak membaikpulih sekolah-sekolah daif di Sarawak.  Beliau sendiri mahukan ia dilaksana seberapa segera yang boleh kerana beliau mengetahui jerih-perih anak-anak Sarawak yang belajar di sekolah daif di Sarawak.  

Pautan berita penuh seperti berikut:


Chong dengan kenyataan lebih sudu dari kuah telah dibidas oleh Menteri Pendidikan Sarawak iaitu DS Michael Manyin yang mempersoalkan fakta yang diberikan oleh beliau yang sememangnya hanya “cakap murahan” Chong seperti biasa.  Padahal itu bukan bidang kuasa kementerian yang diwakili oleh Chong Chieng Jen sebagai Timbalan Menteri KPDNKK.  Fakta beliau langsung TIDAK SAMA dengan apa yang diperkatakan oleh LGE.  Manakala kenyataan LGE yang memberikan alasan yang tidak masuk dek akal iaitu kelewatan kerana masih belum ada kata putus mengenai penggabungan sekolah sememangnya bercanggah sama sekali dengan apa yang dilontarkan oleh Menteri Kerjaraya YB Baru Bian yang mana kementeriannya yang bertanggungjawab atas isu ini secara langsung.  

Mengapa terlalu banyak kenyataan yang bercanggah biarpun dari kapal yang sama? YB Chong sudah-sudahlah menjadi “superman” menjadi “menteri penauk” dengan hampir kesemuanya dia hendak masuk campur.  YB Baru Bian sudah tentu almaklum akan keadaan sekolah daif di Sarawak dan seharusnya beliau memperjuangkan itu sebagai misinya bukannya sudah diketuk baharulah ada bunyi.  

Sekarang kejujuran Putrajaya yang dipersoalkan samada mahu atau tidak membaikpulih sekolah-sekolah daif di Sarawak.  RM700 juta pembayaran kontra sudah dibayar dan itu hak rakyat Sarawak.  Jangan sesekali menggunakannya untuk tujuan yang lain kerana itu pembayaran “in advance”.  Setuju dengan kenyataan daripada Datuk Seri Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar beberapa hari yang lepas yakni beliau berkata andai Putrajaya tidak mampu, KEMBALIKAN DUIT TERSEBUT DAN BENARKAN SARAWAK MENGURUSKANNYA SENDIRI walaupun Pendidikan itu adalah bidang kuasa Persekutuan.  

Hendak seribu daya, kalau tidak hendak seribu dalih! 

Tuesday, 18 February 2020

PUTRAJAYA MUNGKIR JANJI BAIKPULIH SEKOLAH DAIF DI SARAWAK


RM1 bilion hutang Sarawak kepada Persekutuan harus dibayar dahulu baharulah sekolah-sekolah daif di Sarawak akan dibaikpulih.  Itu merupakan terma yang diminta oleh Persekutuan bagi menyelesai isu sekolah-sekolah daif di Sarawak.  Mengenang nasib anak-anak Sarawak yang belajar di dalam situasi yang tidak menyenangkan biarpun hutang Sarawak selama ke hari ini dibayar mengikut jadual malah tidak pernah tertunggak ditambahlagi hutang itu adalah terma yang dijanjikan di dalam Perlembagaan makanya Kerajaan Sarawak dibawah Ketua Menteri Datuk Patinggi Dr. Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg membenarkan pembayaran hutang tersebut “in advance” iaitu secara tiga kali bayaran yang mana setakat ke hari ini sudah dibayar RM700 juta kesemuanya.  

Namun mungkin sudah menjadi lumrah satu kerajaan yang sering membuat pusingan “U” telahan lagi janji manifesto itu bukan satu kitab suci akhirnya janji untuk membaikpulih sekolah daif di Sarawak walau sudah dibayar TETAP HANYA JANJI MANISMU seumpama menanam tebu di tepi bibir.

Menurut Ketua Menteri Sarawak, DP Abang Johari ketika berucap di Program “Kolokium Keagungan Quran” di Kuching hari ini, tiada satupun sekolah daif di Sarawak yang dibaikpulih oleh Persekutuan seperti janji mereka dahulu. Ianya adalah sesuatu yang mengecewakan kerana hakikatnya yang menjadi mangsa adalah pelajar-pelajar sekolah di Sarawak.  

Pautan berita penuh:

Monday, 17 February 2020

KERAJAAN SARAWAK AKAN TERUS IKTIRAF UEC


IANYA adalah polisi yang telah diambil oleh Allahyarham Tok Nan sewaktu pemerintahannya dan akan tetap diteruskan oleh Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Patinggi Dr. Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg.  Pengiktirafan Unified Education Certificate di sekolah vernakular itu perlu kerana ianya diiktiraf untuk melanjutkan pelajaran di Singapura malahan juga di Amerika Syarikat.  

Tambah Ketua Menteri Sarawak Abang Johari, ramai anak-anak Bumiputera di Sarawak yang turut belajar di sekolah vernakular jadi tiada isu hal sedemikian di Sarawak.  


Pautan berita penuh:

Sunday, 16 February 2020

BAS SEKOLAH PERCUMA DI BANDAR UTAMA SARAWAK BERMULA APRIL 2020


PADA perbentangan bajet Sarawak 2020 yang lepas, Ketua Menteri Sarawak yakni Datuk Patinggi Dr. Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg ada mengumumkan mengenai inisiatif perkhidmatan bas sekolah percuma untuk bandar-bandar utama di Sarawak.  Dan hari ini, berita yang kita tunggu-tunggukan itu telahpun diwar-warkan iaitu peruntukannya sudahpun disiapkan dengan kos sebanyak RM4 juta.  

Untuk itu, perkhidmatan bas sekolah percuma itu akan dapat dirasai oleh pelajar-pelajar sekolah di bandar Kuching, Miri, Bintulu dan Sibu serentak iaitu pada bulan April 2020 ini.  Menteri Pengangkutan Sarawak iaitu Datuk Lee Kim Shin akan memperjelaskan butirannya kelak.  

Pautan berita penuh:

Friday, 17 January 2020

GUNA KASUT APA SAHAJA WARNA ASALKAN KE SEKOLAH -PM TUN M-


BILAMANA mantan Menteri Pendidikan, YB Dr. Mazlee cuba membuat perubahan dengan memperkenalkan penggunaan kasut hitam bagi menggantikan kasut putih buat pelajar ianya mempunyai banyak maklumbalas daripada para ibubapa.  Dan tatkala beliau sudahpun tidak lagi menjadi Menteri Pendidikan, pihak Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan pekeliling untuk pihak sekolah membuat satu kajian mengenai penggunaan kasut sekolah berwarna hitam.  

Dan umum mengetahui, buat sementara waktu ini Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Mahathir telah memegang portfolio menteri pendidikan dan menurut beliau ketika menghadiri satu penerangan oleh MOE pada tanggal 16 Januari2020 berkata bahawa beliau tidak kisah apa sahaja warna kasut ke sekolah samada hitam, putih, kelabu dan sebagainya asalkan anak-anak kita ke sekolah.  


Pautan berita penuh:

Friday, 10 January 2020

TUN M PEMANGKU MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA




SATU kenyataan akhbar telah dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri pada hari ini bagi menyatakan bahawa Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Mahathir Mohamed telah diberikan kepercayaan untuk memangku tugasan sebagai Menteri Pendidikan Malaysia. Hal ini telah dipersetujui oleh mesyuarat Kabinet pada 8hb Januari 2020.

Monday, 6 January 2020

PENGERUSI BARU UNIMAS LETAK JAWATAN


TAN Sri Dr. Kamal Mat Salih yang baharu seminggu dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sarawak yang mana perlantikan beliau TIDAK DIRUJUK kepada Kerajaan Sarawak sebelumnya TELAH MELETAK JAWATAN.  Antara sebab perletakan jawatan beliau adalah dek kerana Kerajaan Sarawak sendiri mahukan anak tempatan menerajui UNIMAS.  

Pautan berita penuh:


Ini merupakan satu tindakan yang terbaik daripada Tan Sri Dr. Kamal Mat Salih dan kita amatlah berharap agar TIADA LAGI Persekutuan cuba untuk melangkau adab dan peraturan yang sudah diikuti semenjak UNIMAS ditubuhkan yakni jawatan Pengerusi hendaklah terdiri daripada anak Sarawak sendiri dengan restu dari Kerajaan Sarawak.  Hakikatnya Sarawak TIDAK PERNAH KURANG dengan cerdik pandainya yang mampu memimpin UNIMAS mengikut acuan dan budaya Sarawak.  

Saturday, 4 January 2020

KURANGKAH CERDIK PANDAI DI SARAWAK UNTUK MENJADI PENGERUSI UNIMAS?


BEBERAPA hari yang lepas kita menerima perkhabaran yang tidak menyenangkan tatkala Kerajaan Persekutuan telah memendekkan tempoh perkhidmatan Pengerusi UNIMAS di kalangan anak Sarawak iaitu Tan Sri Sulung Matjerie dan kemudiannya mengangkat seorang Malaya iaitu Tan Sri Dr Kamal Mat Salih yang juga seorang ahli politik dan Pengerusi MIER menggantikannya menjadi Pengerusi Unimas.  

Lebih memedihkan kita sebagai rakyat Sarawak, Kerajaan Persekutuan membuat keputusan dengan TIDAK MERUJUK kepada Kerajaan Negeri Sarawak yang juga merupakan pemegang taruh untuk Universiti Malaysia Sarawak itu sendiri.  Sebelum ini semenjak UNIMAS ditubuhkan kesemua Pengerusi adalah pilihan dan mendapat persetujuan Kerajaan Negeri Sarawak dengan ianya dibarisi oleh cerdik pandai di kalangan anak Sarawak itu sendiri.  

Adalah sesuatu yang menjengkelkan tatkala hal seperti ini berlaku kerana sudah terang lagi bersuluh, Kerajaan Persekutuan cuba bermain politik dengan isu ini dengan meletakkan seorang yang bukan anak Sarawak memegang tampuk pimpinan UNIMAS.   Walau apapun alasan, hak Kerajaan Negeri Sarawak hendaklah didahulukan telahan lagi Sarawak TIDAK PERNAH KURANG dengan cerdik pandainya yang mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk satu institusi pengajian tinggi yang berada di negeri Sarawak sendiri.  

Jika hal sekecil ini dibiarkan berleluasa apakah yang akan terjadi di kemudian hari.  Sememangnya harus Kerajaan Negeri Sarawak membantah dan meminta untuk kuasa itu dikembalikan semula. Ke manakah pula janji Kerajaan Persekutuan yang sebelum ini gah untuk menghormati proses penurunan kuasa seperti yang termaktub di dalam Perjanjian Malaysia 1963.  Ini namanya “cakap tidak serupa bikin”.

#IAMSARAWAKIAN 

Thursday, 2 January 2020

PERLANTIKAN PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH UNIMAS LANGGAR HAK


SATU kenyataan media telah dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Menteri Sarawak berkenaan dengan perlantikab PengerusiLembaga Pengarah UNIMAS yang baharu. Adalah dimaklumkan perlantikan itu TIDAK DIRUJUK KEPADA KERAJAAN NEGERI SARAWAK.
Sehubungan dengan itu juga. Kerajaan Sarawak akan memohon PENJELASAN DARI KERAJAAN PERSEKUTUAN.

APA DIPOLAH URANG MALAYA, APA KITA DI SARAWAK GAGO


ISU JAWI - APA DIPOLAH URANG MALAYA, APA KITA DI SARAWAK GAGO -KM ABG JO

ISU pembelajaran Jawi yang diperkenalkan untuk pembelajaran murid-murid sekolah Tahun 4 terus menjadi isu yang viral di Malaysia.  Masyarakat Cina melalui NGO mereka seperti Dong Zhong acapkali mengeluarkan beberapa kenyataan yang menolak ianya dijadikan satu subjek di sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC).  

Bagi Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Patinggi (Dr.) Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg pula berpendapat Kerajaan Sarawak dan rakyat Sarawak seharusnya tidak terpengaruh dengan isu remeh-temeh seperti ini. Biarlah apa yang berlaku di Malaya dan jangan membawanya ke Sarawak kerana beliau berpendapat isu pembelajaran Jawi itu adalah hak setiap ibubapa untuk membenarkan anak-anak mereka belajar ataupun tidak.

Tambah beliau lagi, Kerajaan Sarawak dibawah Gabungan Parti Sarawak akan terus memfokuskan isu kos sarahidup rakyat Sarawak yang menjadi agenda utama.  

Pautan berita penuh:


Untuk rekod, Kerajaan Negeri Sabah sudahpun mengeluarkan arahan untuk hanya menjadikan pembelajaran Jawi sebagai PILIHAN di sekolah-sekolah di Sabah dan bukannya subjek dibawah Bahasa Melayu.  Sabah mahupun Sarawak mempunyai autonomi di dalam menentukan pembelajaran di peringkat sekolah-sekolah di kedua-dua negeri ini seperti yang terkandung di dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan Perlembagaan Persekutuan.   

Sunday, 8 December 2019

ANAK SARAWAK MARKAH TERTINGGI MATEMATIK DUNIA


SEBUT sahaja subjek Matematik, berapa ramai antara kita yang mempunyai pengalaman “ngeri” tatkala menduduki peperiksaan yang berkaitan dengannya.  Telahan lagi apabila ianya melibatkan satu peperiksaan yang bertaraf dunia bagi kemasukan ke universiti yang terbaik.  Kita sendiri sudah boleh membayangkan bentul soalan yang harus kita selesaikan.  

Untuk seorang anak Bidayuh Sarawak yang bernama Aezzra Marvin Anak Vincent, 19 tahun pula mempunyai ceritera tersendiri kerana kejayaannya diiktiraf sebagai pencapaian markah terbaik di dunia (Outstanding Cambridge Learner Award) di dalam Cambridge Assessment International Examination (Advanced Subsidiary Level) July 19 examination telah membuat kita bangga bahawa tiada yang mustahil sekiranya kita berusaha.  

Aezzra yang baharu sahaja merayakan harijadinya yang ke 19 tahun pada 11 Disember yang lepas merupakan pelajar cemerlang SPM dengan keputusan 10A+ di dalam SPM dari MRSM Kuching dua tahun yang lepas.  Beliau juga adalah bekas pelajar SK Lobang Batu, Serian dengan pencapaian 5A UPSR.

Difahamkan anak Bidayuh ini sudahpun menamatkan A Level di German-Malaysia Institute dan akan melanjutkan pelajaran ke negara Jerman di dalam bidang kejuruteraan kimia menjelang Mac tahun depan.

Pautan berita penuh:  


Keputusan cemerlang dengan pengiktirafan dunia ini merupakan satu lagi bukti bahawa anak Sarawak boleh biarpun berasal dari luar bandar.  Yang penting ada tekad dan usaha di dalam setiap apa yang diminati.  Sekaligus kejayaan Aezzra ini mampu menjadi aspirasi untuk anak-anak Sarawak yang lain.  

Tahniah dan semoga terus maju jaya di dalam pelajaran dan penghidupan diucapkan kepada Aezzra Marvin Anak Vincent.  Syabas anak Sarawak.

Tuesday, 3 December 2019

BAS SEKOLAH PERCUMA DI KUCHING BERMULA MEI 2020


BELANJAWAN 2020 Sarawak menyaksikan Kerajaan Sarawak dibawah Gabungan Parti Sarawak memperuntukan bas sekolah percuma untuk warga Kuching sebagai projek perintis terlebih dahulu.  Hanya selepas itu baharulah ianya diperluaskan ke bandar Miri, Sibu dan Bintulu.  

Dek kerana masih lagi mengenalpasti laluan berdasarkan “hop on hop off” yang melibatkan jalan-jalan di kawasan Petra Jaya termasuk Matang dan Kuching Selatan sehingga ke Tabuan Jaya maka perkhidmatan bas sekolah percuma itu dijangka beroperasi selewat-lewatnya Mei 2020.  

Pautan berita penuh:


Apa yang dilakukan oleh Kerajaan Sarawak dibawah kepimpinan Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg ini sememangnya sesuatu yang rakyat nantikan kerana kita almaklum bahasa kos hidup di bandar-bandar besar amat tinggi sekarang dan sekaligus ianya juga boleh mengelak kesesakan lalu lintas pada waktu-waktu puncak di bandar-bandar besar terutama sekali ketika musim persekolahan bermula.  

#GPS
#SARAWAKDIUTAMAKAN 

Wednesday, 6 November 2019

LAWATAN SAMBIL BELAJAR SK LONG KEVOK KE DUN SARAWAK


HARI ini begitu istimewa di sidang DUN Sarawak kerana menerima kunjungan iaitu lawatan sambil belajar pelajar-pelajar dari SK Long Kevok, Telang Usang yang mengharungi perjalanan yang panjang untuk sampai ke Kuching hari ini.  Ketibaan mereka sendiri oleh ADUN Telang Usang iaitu YB Dennis Ngau sendiri.  

Cukup terserlah wajah keterujaan pelajar-pelajar apabila memasuki DUN yang menjadi lambang pemerintahan berdemokrasi untuk rakyat Sarawak.  Langkah kanan mereka hari ini kerana turut mendapat perhatian pihak media dari Astro Awani yang tanpa membuang masa mengambil peluang keemasan untuk menemuramah pelajar-pelajar.

Kata bidalan lama jika hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya dan kita amatlah berharap agar lawatan mereka hari ini boleh menanam minat mereka untuk menjadi pelapis kepimpinan negara pada masa hadapan.   

Sunday, 3 November 2019

SARAWAK TUBUH SEKOLAH ANTARABANGSA SENDIRI


BAGI memberikan kesaksamaan agar anak-anak dari golongan B40 dan M40 yang mempunyai kualiti pembelajaran yang terbaik maka Sarawak menubuhkan sendiri Sekolah Antarabangsa yang lokasinya akan didirikan di Kuching, Samarahan, Sibu, Bintulu dan Miri.  

Penubuhan sekolah antarabangsa ini akan ditadbirurus seperti sekolah swasta dan sistem pembelajarannya adalah usahasama dengan Cambridge’s International General Certificate of Secondary Education.  

#BELANJAWAN2020SARAWAK 

BAS SEKOLAH PERCUMA UNTUK PELAJAR DI BANDAR KUCHING



MEMAHAMI beban yang ditanggung oleh ibubapa di dalam pengangkutan anak-anak ke sekolah, Kerajaan Sarawak berbesar hati mengumumkan bahawa BAS SEKOLAH PERCUMA diadakan pada tahun 2020 kepada pelajar-pelajar untuk ke sekolah dimulai di Bandaraya Kuching dan seterusnya AKAN DIPERLUASKAN ke seluruh bandar di Sarawak.  

Kaedahnya adalah berdasarkan “hop-on-hop-off” yang mana akan ada bas-bas sekolah melalui beberapa jalan untuk mengambil dan menghantar pelajar-pelajar pergi dan pulang sekolah. Selain membantu para ibubapa ianya juga diharap akan membantu mengurangkan kesesakan lalulintas di bandar-bandar besar di Sarawak.


#BELANJAWANSARAWAK2020

Friday, 18 October 2019

PERLANTIKAN PRO-KANSELOR UNIMAS 2019-2021


SALAM tahniah diucapkan kepada seorang ahli politik kanan Sarawak yang juga mantan Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr. Alfred Jabu Numpang atas perlantikan beliau sebagai Pro-Kanselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dimulai dari 8 Oktober 2019 sehingga 7 Oktober 2021.

Monday, 9 September 2019

UPSR DI SARAWAK DITERUSKAN


DISEBALIK penutupan sekolah-sekolah di beberapa kawasan di Sarawak akibat daripada IPU yang sudah melebihi 200 pada hari ini, untuk pelajar-pelajar yang menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah akan tetap meneruskan jadual peperiksaan mereka seperti biasa.  Difahamkan pihak yang berwajib akan mengedarkan topeng muka untuk mereka gunakan ketika menghadapi peperiksaan tersebut secara berperingkat-peringkat.  

Difahamkan hanya setelah IPU 300 baharulah pihak Kementerian Pendidikan akan membuat keputusan samada akan meneruskan atau membuat penundaan UPSR dijalankan.  

Pautan berita penuh:

Wednesday, 28 August 2019

SENARAI 37 BUAH SEKOLAH DAIF (FASA 1)


MELALUI kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Menteri Sarawak pada hari ini menyatakan bahawa Ketua Menteri Sarawak baharu sahaja menerima taklimat daripada Jawatankuasa Teknikal yang ditubuhkan bagi menangani isu membaikpulih sekolah-sekolah daif di Sarawak.  Turut difahamkan proses penawaran tender untuk kerja-kerja baikpulish baharu sahaja dibuat oleh pihak yang terlibat.   

Senarai nama 37 buah sekolah yang sudah dikenalpasti untuk Fasa 1 adalah seperti berikut:

Peringkat sekolah rendah:

1.  Sekolah Kebangsaan Kujang Mawang, Serian
2.  Sekolah Kebangsaan Anchi, Miri
3.  Sekolah Kebangsaan Beluru Central, Miri
4.  Sekolah Kebangsaan Kg Baru, Kapit
5.  Sekolah Kebangsaan Abun Matu, Belaga
6.  Sekolah Kebangsaan Abang Amin, Maradong
7.  Sekolah Kebangsaan Nanga Tada, Kanowit
8.  Sekolah Kebangsaan Nanga Gayau, Betong
9.  Sekolah Kebangsaan Melugu, Sri Aman
10. Sekolah Kebangsaan Nanga Meluan, Julau
11. Sekolah Kebangsaan Pendam, Samarahan
12. Sekolah Kebangsaan Sg. Sepiring/Sg. Tepus, Selangau
13. Sekolah Kebangsaan Nanga Machan, Kanowit
14. Sekolah Kebangsaan Kpg Senari, Kuching
15. Sekolah Kebangsaan Grogo, Bau
16. Sekolah Kebangsaan Lebur Remun, Serian
17. Sekolah Kebangsaan Tebelu, Simunjan
18. Sekolah Kebangsaan SLDB No. 1, Mukah
19. Sekolah Kebangsaan Sg. Tisang, Bintulu
20. Sekolah Kebangsaan Sg. Setiam, Bintulu
21. Sekolah Kebangsaan Bario, Baram
22. Sekolah Kebangsaan Sambir, Samarahan
23. Sekolah Kebangsaan Long Pelutan, Baram
24. Sekolah Kebangsaan Kuala Serupai, Tatau
25. Sekolah Kebangsaan Labang, Sebauh
26. Sekolah Kebangsaan Nanga Kesit, Lubok Antu
27. Sekolah Kebangsaan Kambug, Padawan
28. Sekolah Kebangsaan Kpg Bobak/ Sejinjang, Bau
29. Sekolah Kebangsaan Ulu Kakus, Tatau
30. Sekolah Kebangsaan Sg. Lemaus, Subis
31. Sekolah Kebangsaan Long Busang, Belaga
32. Sekolah Kebangsaan Adin, Sarikei
33. Sekolah Kebangsaan Raba, Simunjan
34. Sekolah Kebangsaan Bulan Jeragam, Simunjan
35. Sekolah Kebangsaan Haji Junid

Peringkat sekolah menengah;

1. Sekolah Menengah Kebangsaan Balai Ringin, Serian
2. Sekolah Menengah Kebangsaan Rosli Dhoby, Sibu