SETELAH mengharungi ranjau nan berduri sejak PH
berkuasa dan kemudian apabila Kerajaan Persekutuan bertukar tangan akhirnya
pindaan perlembagaan MA63 yang menjadi perjuanganan Sabah Sarawak dapat
dilakukan di Parlimen dengan sokongan 199 ahli iaitu melebihi majoriti dua per
tiga. Pada tanggal 19 Januari 2022 pula
ianya telah mendapat perkenan dari YDP Agong lantas diwartakan oleh kerajaan
pada 25 Januari 2022. Dan pada hari ini,
12 Februari 2022 pindaan perlembagaan tersebut sudahpun berkuatkuasa.
Akta pindaan berkenaan adalah merangkumi Perkara 1(2), 160(2) adalah untuk menjelaskan lagi kedudukan
negeri-negeri di Malaysia selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963. Perkara 161A(6) dan (7) Perlembagaan
Persekutuan pula memperuntukkan ras yang dikira sebagai ras asli bagi Sarawak
seperti yang diperuntukkan di dalam undang-undang negeri Sarawak itu sendiri. Itulah
yang diperjelaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan
Parlimen) iaitu Dato Seri Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar.
Pautan berita penuh:
https://www.utusan.com.my/terkini/2022/02/pindaan-perlembagaan-ma63-berkuat-kuasa-hari-ini/
Sesungguhnya kejayaan pindaan RRU ini serta ianya
sudah dikuatkuasakan merupakan satu kejayaan besar serta sinonim dengan perjuangan
rakyat di Sarawak dan Sabah. Bagaimana
terma gelarannya nanti akan diperjelaskan apabila Dewan Undangan Negeri di
kedua-dua wilayah itu bersidang kelak. Negara,
negeri atau wilayah? Sama-sama kita nantikan.
Nyiur gading puncak mahligai
Sayang ketupat berisik inti
Hancur badan tulabng berkecai
Belum dapat, belum kamek berenti.
#redparrot
No comments:
Post a Comment