Thursday 31 October 2019

SARAWAK TIDAK PERNAH GUGUR TUNTUTAN 20% ROYALTI MINYAK


DI dalam satu portal yang tular di media sosial sekarang menyatakan bahawa Kerajaan Sarawak TELAH MENGGUGURKAN tuntutan 20% royalti minyak terhadap pihak persekutuan.  Pautannya adalah seperti berikut:


Apa yang disajikan oleh laman portal tersebut adalah TIDAK BENAR kerana Kerajaan Sarawak masih lagi menuntut isu minyak melalui perbincangan dengan pihak Persekutuan.  

TUNJUKKAN BUKTI JIKA BENAR UKAS PENYEBAR BERITA PALSU


EMPAT hari yang lepas, YB Chong Chieng Jen mendakwa bahawa Unit Komunikasi Awam Sarawak yang ditubuhkan oleh Kerajaan Sarawak merupakan satu agen GPS bagi menyebarkan berita palsu di dalam ucapannya pada satu acara di Miri hujung minggu lepas.    

Mengulas akan hal ini, YB Abdullah Saidul yang juga Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri yang bertanggungjawab di dalam isu korporat dan UKAS MENCABAR YB Chong untuk memberikan bukti sekiranya ada.  Ini kerana menurut beliau, UKAS ditubuhkan oleh Kerajaan Sarawak bagi membantu kerajaan mengwar-warkan segala hal yang dilakukan oleh pemerintah Sarawak kepada rakyat Sarawak melalui media sosial mereka.  

Dan tertubuhnya UKAS adalah kerana Kerajaan PH itu sendiri setelah mereka berkuasa tidak berlaku adil kepada sebaran berita di Sarawak dengan menjalankan taktik “blackout news” di dalam saluran penerangan mereka seperti RTM dan sebagainya.   

Pautan adalah seperti berikut:

https://www.utusanborneo.com.my/2019/10/30/abdullah-cabar-chong-mengenai-dakwaan-ukas-penerbit-berita-palsu?fbclid=IwAR3jZIfEwB49y5CKYrWSmSp7dWfSbCiwrPXtbRfUAXLOsuYRj1aAJAO3WaE

Tuduhan sembrono YB Chong yang seolah-olah takut dengan bayang-bayang sendiri itu dengan menuding jari kepada UKAS wajar ditempelak.  Ini kerana selama ke hari ini kita sendiri mengetahui bahawa sebelum PH berkuasa merekalah “raja penyebar berita palsu” bagi memainkan sentimen politik mahupun isu perkauman untuk mendapat undi rakyat.  Ternyata taktik mereka berjaya kerana akhirnya ramai rakyat tertipu dengan dakyah mereka yang sehingga ke hari ini satu-persatu tidak dapat dibuktikan oleh mereka sendiri walaupun mereka sudah berkuasa.  

Dan untuk lebih kefahaman semua adalah elok untuk kita bertandang ke laman mukabuku Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) bagi mencari bukti dimanakah SEBARAN PALSU yang didakwa oleh YB Chong itu.  Biarlah rakyat Sarawak sendiri menilainya.  Scrollah dari atas hingga ke bawah, TIADA SATU pun berita TIDAK BENAR yang UKAS war-warkan.  

Pautan laman buku UKAS di media sosial adalah seperti berikut:


Tuduhan sembrono YB Chong adalah satu serangan berunsurkan politik dan penghinaan besar kepada para penjawat awam Kerajaan Sarawak! Makan boleh sembarangan makan TETAPI bila bercakap jangan sembarangan cakap wahai Chong.

Wednesday 30 October 2019

WHO WILL PROTECT AND DEFEND SARAWAK?


By: Karambir Singh

Copy and paste from:

The main purpose of a federation is to make sure that the rights and interest of all its component territories and states are protected in relation to national, economic and social matters.

In the case of Sarawak, the federal government needs to pay attention to some key aspects such as defense of Sarawak’s territorial integrity, advancing its economy and ensuring that the terms of the Malaysia Agreement 1963 (MA63) are both restored and upheld.

Internationally, the defense and protection of one’s territory and boundaries are of prime importance to a nation.

In the Ninth Schedule of our Federal Constitution under List 1 of the Federal List, our external affairs and defence of the federation is under the exclusive purview the federal government.

Yet with increasing frequency we have read reports about encroachment into our waters by foreign fishing vessels. The federal authorities must make sure our fish resources are not stolen. This is their responsibility.

What is even more worrying are the territorial claims on Sarawak waters. We need clear statements from the federal authorities that these waters are ours and that they will rigorously defend the boundaries.

Foreign naval vessels have been known to have a permanent presence in our waters. Some press reports have mentioned that China keeps a “permanent watch” at Laconia Shoals off the coast of Sarawak, which impinges on Malaysian sovereignty.

Our Foreign Minister has stated in the press that Malaysia’s naval assets would struggle to match the Chinese Coast Guard, which he said has a near 24-hour presence around the South Luconia Shoals off Sarawak. Our prime minister has also said that “Malaysia was too small to stand up to the Asian powerhouse”. So, it seems ships are still surveying our waters for oil and gas without permission.

Is this not admitting an abdication of a constitutional duty by the federal government? Is this also not sending a message to other nations that they can encroach into our territory any time? It is important in such situations that protest notes be sent to nations that infringe on our sovereignty.

Additionally, our federal government also has a responsibility to make sure there is economic prosperity here. Since they control many of the economic policies and the federal budget, Sarawak also relies on financial grants and funds for development.

Compared to the billions of ringgit generated from Sarawak’s oil, we receive a pittance back from the federal government. The discrepancy between our development and Malaya is obvious due to federal neglect.

I also wonder how much foreign direct investments the PH government have brought to Sarawak. How many businesses have the PH government attracted to Sarawak?

Recent statements by our prime minister on the internal affairs of other countries have also led to possible negative impact on the export of Sarawak palm oil.

We are, however, fortunate that in a recent message, Chief Minister Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg basically said the development of Sarawak cannot be left entirely to the federal government. He emphasised that Sarawak’s future can only be determined by Sarawakians.

He laid out four core thrusts to bring Sarawak to developed status by 2030. This involves the transformation of agriculture to technology-based farming; improvements to the tourism industry; improvement to infrastructure development and communication system including upgrading to 5G Internet and lastly boosting the development of education and training to prepare Sarawak for Industry 4.0.

A further important point related to the protection of Sarawak and its way of life is MA63. The restoration of our autonomy was a linchpin promise made by PH Sarawak. In fact, one of their component members during their 2015 AGM passed resolutions to devolve power in four main areas — education, healthcare, police and taxation — to the Sarawak government.

They are silent on these resolutions now including the 20 per cent oil royalty. This is strange considering that they were strong supporters of restoring the rightful autonomy and equal partner status to Sarawak.

Instead of restoring autonomy the PH government just announced plans to destabilise Sarawak. They have planned to implement the Federal Village Community Management (MPKKP) committees with which to conquer Sarawak. It is an obvious step towards total control and domination. This divide-and-rule move is an old colonial trick to tear our peaceful communities apart.

Our chief minister has pointed out very rightly that “if they take over, our oil and gas would be ‘habis’ (gone),” and “they would make a move on the state’s land” by changing the laws.
Sarawakians must understand that voting for Malaya-based political parties is a disaster waiting to happen. Unfortunately, some have already fallen for their promises ‘hook, line and sinker’.

Let’s hope they wake up in time. They must not meekly standby and watch Sarawak being destabilised because only real Sarawakians can and will protect and defend Sarawak with all their hearts and minds.

BAJET ALTERNATIF 2020 ADIL 13

AWAL November 2019 sidang Dewan Undangan Negeri Sarawak akan membahas Bajet 2020 untuk Sarawak yang akan dilakukan oleh Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Patinggi Dr. Abang Abdul Rahman Zohari. Kesemua rakyat Sarawak sudah tentu tidak sabar menantikannya setelah Bajet 2019 menyaksikan Sarawak berbelanja besar bagi menjamin kesinambungan urustadbir dan pembangunan yang tersusun untuk rakyat Sarawak tanpa bergantung kepada dana dari Kerajaan pusat dibawah PH.

Hari ini pula, satu rombongan yang menggelar diri mereka ADIL 13 seramai lebih kurang 15 orang kesemua bertindak menghantar apa yang mereka kenali sebagai Bajet Alternatif 2020 Sarawak. ADIL 13 adalah antara satu pertubuhan yang terdiri daripada penyokong-penyokong Parti Keadilan Rakyat yang dipengerusikan oleh Iswardi Morni. Di dalam sidang media di luar Wisma Bapa Malaysia tadi dinyatakan bahawa bajet alternatif yang mereka hantarkan hari ini adalah berasaskan cadangan rakyat Sarawak melalui media sosial. Dan bajet ini bersandarkan kepada 13 perkara yang dikatakan boleh memajukan Sarawak lagi.

Jika dilihat dari segi detail bajet alternatif ada menyatakan bahawa buat julung kalinya mereka mencadangkan agar rizab tunai Sarawak sebanyak RM32 bilion digunakan iaitu sebanyak RM8 bilion kesemuanya. Konon-konon dengan pengunaan tersebut maka Sarawak tidaklah perlu meminjam dari luar dakwa mereka. Antara cadangan infrastruktur yang dibuat adalah untuk membina Keretapi Trans Borneo bagi menyambung Kalimantan-Sarawak-Brunei-Sabah.

Amat menarik apabila di dalam bajet itu turut menyelitkan tentang bagaimana Kerajaan Sarawak boleh membantu FAS iaitu pengendali sukan bolasepak di Sarawak. Mereka mencadangkan RM295 juta diperuntukkan untuk FAS yang mana RM5 juta dikhaskan untuk membawa penyokong-penyokong FAS melihat perlawanan di luar Sarawak.

Begitulah antara intipati ringkas bajet alternatif cadangan ADIL 13 yang mungkin dibuat oleh akauntan “bertauliah” mereka. Cuma terfikir adakah bajet ini mendapat “restu” dari Pakatan Harapan Sarawak atau hanya syok sendiri daripada pertubuhan pro-reformasi ini.

Mungkin ada sepatah dua kata daripada Pengerusi PH Sarawak…kita tungguuuu

Tuesday 29 October 2019

BANTAHAN PENUBUHAN MPKKP TERUS BERKUMANDANG DI SARAWAK



SUARA ketua masyarakat dan penghulu kaum serta tuai rumah terus berkumandang di bumi Sarawak apabila mereka bangun membantah penubuhan MPKKP yang hendak dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan di Sarawak menjelang November ini.  Kesemua mereka berpendapat bahawa MPKKP yang akan dilaksanakan kelak akan memecahbelahkan keharmonian di Sarawak.  

Semalam sahaja suara-suara bantahan didengar dari 100 Ketua Masyarakat dan Kaum di Parlimen Petrajaya yang telah berhimpun di Dewan Masyarakat Kampung Pinang Jawa, Petra Jaya, Kuching tadi.  

Pautan berita penuh:


Sementara itu, suara bantahan turut didengar dari Bidayuh Council of Elders yang mana di dalam mesyuarat mereka kelmarin telah sehati sejiwa mengeluarkan satu resolusi yakni mereka akan menghalang penubuhan MPKKP di 344 buah perkampungan kaum Bidayuh di Bahagian Kuching dan Serian.  

Pautan berita penuh:


Nampak gayanya bukanlah semudah itu, PH untuk memecahbelahkan rakyat Sarawak dengan menggunakan agenda penubuhan MPKKP.  Mana mungkin kita boleh menerima dua ketua di dalam satu masa sedangkan selama ke hari ini kita orang Sarawak mempunyai cara tersendiri mengatur bicara dengan rakyat tanpa “bertuankan” Malaya.   

Sunday 27 October 2019

LARANGAN IMPORT BABI DAN PRODUK BABI DARI CHINA DI SARAWAK


HASIL daripada ujian makmal yang dilakukan ke atas 17 sampel daging babi di dalam tin yang diimport dari Negara China baru-baru ini telah menunjukkan ianya Ttelah dijangkiti oleh virus African Swear Fever (ASF).  Untuk itu Sarawak telah menguatkuasakan larangan ke atas sebarang import babi atau produk yang dihasilkan daripada babi dari mana-mana negara yang sedang menghadapi ASF termasuk China berkuatkuasa serta-merta.

Pautan berita penuh:

RAHSIA MPKKP - GUAN ENG BUKA PEKUNG DI DADA SENDIRI


YANG diwar-warkan oleh PH Sarawak bahawa penubuhan MPKKP yang akan dilaksanakan di Sarawak adalah untuk memudahkan penyaluran bantuan Persekutuan kepada rakyat Sarawak seperti BSH dan sebagainya.  Dan ianya bukan sama sekali konon untuk mengambilalih urusan Ketua Kaum dan Penghulu yang menjadi nadi perhubungan antara rakyat dan kerajaan Sarawak.  

Namun hari ini temberang besar PH Sarawak akan penubuhan MPKKP di Sarawak akhirnya dipecahkan sendiri oleh YB Lim Guan Eng, ahli Parlimen Bagan dari DAP yang juga Menteri Kewangan Malaysia itu sendiri.  Umpama membuka pekung di dada, LGE mengakui bahawa MPKKP ditubuhkan bagi menawan Sarawak supaya senang mereka mempengaruhi rakyat di akar umbi.  

Pautan berita penuh adalah seperti berikut:


Pepatah lama ada menyatakan bangkai gajah mana mungkin boleh ditutup dengan nyiru dan begitulah juga persamaannya dengan apa yang diperkatakan oleh Lim Guan Eng yang sememangnya sahih kewujudan MPKKP itu adalah untuk menjalankan dasar pecah dan perintah di Sarawak.  Selama ke hari ini kesatuan rakyat Sarawak di dalam mendokong perjuangan parti-parti tempatan sememangnya amat dicemburui oleh parti-parti dari Malaya.  

Ingatkan hanya penjajah seperti British yang mempunyai kaedah pecah dan perintah sewaktu menjajah Sarawak dan sekarang parti dari luar yang begitu mengidamkan Sarawak sudah mula mengorak langkah dengan golongan “ulun Malaya” yang bersekongkol dengan mereka.  

Apakah rakyat Sarawak mahu membiarkan ini berlaku.  Tepuk dada tanya otak.

#IamSarawakian
#SarawakFirst 

Saturday 26 October 2019

HAPPY DEEPAVALI 2019


MAY the festival of lights illuminate the path for success in all you aspire towards. Happy Deepavali to all Malaysian hindu's.

HARAMKAN PENJUALAN ROKOK MURAH DI MALAYSIA


SATU memorandum telah ditandatangani antara Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC) bersama-sama dengan 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Kuala Lumpur semalam bagi mendesak Kerajaan Malaysia untuk segera melaksanakan pengharaman penjualan rokok yang melanggar undang-undang dan rokok elektronik atau vape di Malaysia.

Usaha ini harus dikuatkuasakan seberapa segera bagi membendung gejala yang mana menyaksikan hampir 300,000 pelajar dan lebih tiga juta perogok ketagihan rokok telah melanggar undang-undang seperti yang dibentangkan oleh Timbalan Menteri Kesihatan di Parlimen baru-baru ini. Selain itu jika dirujuk kepada laporan antarabangsa pula seperti yang dilaporkan oleh Oxford Economics pada keluaran Jun 2019 turut menyatakan bahawa Malaysia berada pada kedudukan teratas di dunia menggunakan rokok haram dan hampir 60% sumbernya daripada industri rokok haram yang dijual di dalam Malaysia itu sendiri.  


Pautan berita penuh:

PERSEMBAHAN HADRAH TERBESAR SARAWAK DICATATKAN DALAM "MALAYSIA BOOK OF RECORD"


SEJARAH tercipta di Padang Merdeka Kuching hari ini apabila persembahan kumpulan hadrah terbesar di Sarawak telah berjaya dicatatkan di dalam "Malaysia Book Of Record".
Seramai 1001 orang pemain hadrah dari seluruh Sarawak berhimpun untuk menjayakannya dan ini termasuklah Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Dr. Abang Abdul Rahman Zohari, Timbalan Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, Speaker DUN Sarawak yakni Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar dan Ahli Parlimen Petra Jaya, Dato Seri Fadillah Yusof.
Tahniah dan syabas Sarawakian.

Friday 25 October 2019

MENDIANG ARYTON LIM, PERENANG SARAWAK YANG SEDANG MENYINAR - DATUK SNOWDAN LAWAN-


DUNIA sukan tanahair dikejutkan dengan perkhabaran duka akan kehilangan seorang perenang yang sedang meningkat naik potensinya di Malaysia amnya dan Sarawak khususnya iaitu Mendiang Aryton Lim.  Mendiang merupakan perenang yang mewakili pasukan SUKMA Sarawak pada tahun 2018 dan baharu sahaja kembali menjalani latihan intensif di Singapura sebelum disahkan meninggal dunia di rumahnya di Tabuan Laru, Kuching.  

Pemergian Mendiang Aryton Lim ditangisi seluruh peminat sukan tanahair dan tidak kurang di Sarawak sendiri.  Menteri Muda Belia dan Sukan Sarawak iaitu Datuk Snowdan Lawan turut berdukacita akan pemergian atlet berbakat yang menurut beliau di dalam proses untuk digilap sebagai juara. Sebagai menteri yang bertanggungjawab ke atas belia dan sukan Sarawak, beliau melalui kementeriannya berjanji akan memberikan bantuan yang semampu boleh kepada keluarga mendiang nanti.  

Pautan berita penuh:

RM24 BILION UNTUK BINA RANGKAIAN JALANRAYA KAWALAN SEMPADAN


INDONESIA sudahpun mengesahkan bahawa ibukotanya akan berpindah ke Kalimantan menjelang tahun 2024.  Untuk itu, Sarawak sebagai negara jiran kepada Kalimantan harus bersiap sedia samada dari segi limpahan ekonomi mahupun kawalan sempadannya tersendiri.

Untuk itu Kerajaan Sarawak telah bersetuju untuk membina satu rangkaian jalanraya kawalan sempadan yang bermula Biawak ke Serikin, Engkilili melalui Lubok Antu, Long Silat, Long Banga, Bario, Ba’ Kelalan, Long Samado, Long Sukang dan berakhir di bandar Lawas.  Kos untuk pembinaannya pula dianggarkan sebanyak RM24 bilion.  

Hal ini diwar-warkan oleh Tan Sri Dr. James Jemut Masing yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak merangkap Menteri yang bertanggungjawab di dalam Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak selepas sahaja menghadiri taklimat Program Rangkaian Jalanraya Dan Kawalan Sempadan tadi.  

Pautan berita penuh:

KERUSI DUN MAMBONG MILIK SUPP -DATO SRI SIM KUI HIAN-


SUDAH disahkan bahawa penyandang kerusi DUN Mambong iaitu YB Datuk Dr. Jeril Susip menjadi ahli keluarga Parti Bumiputera Bersatu (PBB) yang menjadi sebahagian pembentuk Gabungan Parti Sarawak (GPS).  Menurut satu temubual dengan YB Datuk Dr. Jeril keputusan itu diambil bagi memastikan DUN Mambong akan terus mendapat limpahan kemajuan dan pembangunan untuk rakyatnya.  

Dalam pada itu sudah ada corat-coret di dalam dunia politik Sarawak itu sendiri apabila Presiden SUPP yakni Dato Sri Dr. Sim Kui Hian yang tetap mengatakan bahawa kerusi DUN Mambong adalah hak SUPP sewaktu bertanding pilihanraya kelak.  

Pautan berita penuh:


Untuk rekod, YB Datuk Dr. Jerip Susil merupakan ahli politik dari SUPP pada mulanya sebelum berpindah menyertai Parti Sarawak Bersatu.  Pada PRN ke-11 dengan kepakaran teknikal mantan Ketua Menteri Sarawak iaitu Allahyarham Pehin Seri Adenan Satem menyaksikan formula calon langsung Barisan Nasional digunakan yang menyaksikan YB Datuk Dr Jerip biarpun dari PSB menggunakan lambang BN sebagai calon untuk N19 Mambong.  

Ternyata sokongan rakyat Mambong ke atas Dr. Jerip Susil masih lagi ada biarpun berpindah parti lantas beliau memenangi kerusi DUN Mambong mengalahkan calon DAP dan PKR pada masa itu.  Inilah "winnable candidate" seperti yang dimahukan. 

Sama-samalah kita tunggu apabila PRN ke-12 kelak, adakah DUN Mambong akan diwakili oleh PBB atau SUPP yang mana kedua-duanya adalah ahli Gabungan Parti Sarawak.  Pucuk pimpinan GPS sudah tentu akan memberikan kaedah yang terbaik bagi memastikan GPS akan terus unggul di Sarawak amnya dan Mambong khasnya. Buat masa sekarang biarlah YB Mambong meneruskan perjuangannya untuk memakmurkan rakyat Mambong serta berbakti kepada Sarawak sebagai Menteri Muda Pengangkutan, portfolio baru di dalam Kabinet Sarawak.  

PRN ke-12, kerusi N19 Mambong, milik siapa???  

#IamSarawakian
#SarawakFirst

ADUN MAMBONG SERTAI PBB


AKHIRNYA cerita ke manakah Datuk Dr. Jerip Susil iaitu Menteri Muda Pengangkutan yang juga ADUN Mambong bernaung selepas keluar Parti Sarawak Bersatu terjawab juga hari ini.
Telah disahihkan Datuk Dr. Jerip menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) seperti yang diwar-warkan oleh Ketua Menteri Sarawak yang juga Presiden PBB Datuk Patinggi Dr Abang Abdul Rahman Zohari tadi.

LEBUHRAYA BORNEO UTARA DINOBATKAN PEMENANG “ BENTLEY YEAR IN INFRASTRUCTURE 2019 AWARD”


DUA kali berturut-turut memenangi kategori yang sama bukanlah sesuatu yang biasa-biasa sahaja kerana bukanlah mudah untuk dikategorikan sedemikian rupa telahan lagi ianya melibatkan 571 projek yang meliputi 60 negara dan lebih 400 bandar di seluruh dunia.  Itulah ceritanya kejayaan Lebuhraya Borneo Utara atau singkatannya LBU yang menguruskan Projek Lebuhraya Pan Borneo Highway.  

Kemenangan LBU di Singapura merupakan satu penghormatan besar kerana mereka dinobatkan yang terbaik mengatasi dua peserta lain yang bertaraf dunia iaitu Main Roads Western Australia dan Transport for London.  

Salam tahniah diucapkan kepada LBU.

BANDAR SIMANGGANG, BAHAGIAN SRI AMAN, SARAWAK


KETIKA merasmikan Pesta Benak 2019, Datuk Patinggi Dr. Abang Abdul Rahman Zohari iaitu Ketua Menteri Sarawak mengumumkan secara rasmi bahawasanya bandar Sri Aman dikembalikan kepada nama asalnya iaitu Bandar Simanggang manakala bahagiannya tetap dikenali sebagai Bahagian Sri Aman.  

Menurut beliau, pengembalian nama asal ini adalah permintaan daripada penduduk setempat yang tidak mahu nama bandar Simanggang luput dari memori rakyat kerana ianya juga mempunyai banyak sejarah yang wajar diingati sampai bila-bila.  

Pautan berita penuh:

Thursday 24 October 2019

ATLET RENANG SUKMA 2018 SARAWAK MENINGGAL DUNIA



SEORANG atlet renang SUKMA Sarawak 2018 dijumpai tidak sedarkan diri di rumahnya di Tabuan Laru hari ini.  Atlet yang bernama Ayrton Lim berusia 19 tahun disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan HUS sejurus dihubungi oleh keluarganya.  Punca kematiannya masih lagi disiasat.

Salam takziah diucapkan kepada keluarga Mendiang Ayrton Lim. RIP.

Pautan berita penuh:

https://www.theborneopost.com/2019/10/24/19-year-old-state-swimmer-found-dead-in-tabuan-laru-home/

ORDINAN KETUA KAUM DAN KETUA MASYARAKAT 2004 BOLEH DIGUNAPAKAI BILA TIBA MASANYA


MAJLIS Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang akan dijelmakan oleh Kerajaan Pakatan Harapan di Sarawak terus mendapat maklumbalas yang berbeza di kalangan rakyat Sarawak.  Ada yang menyokong dan tidak kurang yang menolak penubuhannya kerana dikatakan akan memecah belahkan kaum-kaum di Sarawak.  

Datuk Dr. Penguang Manggil yakni Menteri Muda Kerajaan Tempatan yang juga ADUN Marudi menyatakan bahawa penubuhan MPKK yang disebut-sebutkan itu sebenarnya bertentangan dengan Ordinan Ketua Kaum Dan Ketua Masyarakat 2004 di Sarawak.  Dan Kerajaan Sarawak menurut beliau akan menguatkuasakan ordinan tersebut pada masa yang sesuai. Malah tambah beliau, tindakan perundangan boleh diambil jika perlu.   

Pautan berita penuh:

SARAWAK REGATTA SEJAK 1871


HUJUNG minggu ini merupakan bermulanya acara sukan air terbesar di Sarawak yang dikenali sebagai Sarawak Regatta.  Jika dahulu ianya adalah sukan air kecil-kecilan sahaja namun sekarang ianya telah diangkat sebagai satu acara nasional di dalam kalendar Negeri Sarawak.  

Menyelusuri sejarah sukan regatta Sarawak yang mana lokasi utamanya di Sungai Sarawak sudahpun bermula sejak di zaman Brooke memerintah lagi. Pada waktu masyarakat Sarawak tidaklah bersatu padu seperti sekarang sebaliknya masih banyak pertelingkahan kaum yang menyebabkan Sarawak boleh di dalam huru hara.  Bagi meredakan permasalah ini maka seorang penjawat awam bangsa Eropah Brooke mencadangkan agar satu sukan diadakan bagi memberikan kaum-kaum yang bertingkah sedikit ruang untuk berdamai.   

Pemilihan sukan air iaitu sukan lumba perahu sebenarnya mempunyai ceritanya tersendiri. Ini kerana sungai atau pengangkutan air itu merupakan nadi utama rakyatnya dari dahulu sehingga sekarang. Dek kerana itu, sudah pasti rakyat Sarawak tanpa mengira kaum amat arif tentang teknologi membuat perahu tradisional mahupun cara untuk mendayung dengan betul. Jadi sememangnya sukan lumba perahu itu merupakan satu-satunya sukan yang dijangka boleh menyatupadukan semua pihak.

Sekitar Januari 1871 itulah satu sukan lumba perahu diadakan di Sungai Sarawak.  Bagi memastikan bahawa sukan ini mendapat sambutan dikatakan Rajah Charles Brooke iaitu Rajah kedua Sarawak telah bertindak sendiri menghantar kapalnya yang bernama “Maimunah” untuk menghantar undangan kepada semua ketua kaum di Sarawak mengenai perlumbaan ini. Walau pada masa itu dikatakan beliau tidak begitu pasti tentang maklumbalas masyarakat Sarawak namun ternyata respons yang diterima amat positif.

Bermula dari penerimaan undangan untuk menyertai Sarawak Regatta itulah dikatakan ramai ketua kaum telah berganding bahu dengan pengikut mereka untuk pergi ke hutan mencari kayu yang terbaik untuk membuat perahu. Pelbagai kaedah digunakan dengan setiap satu daripada kaum menampilkan ciri-ciri unik bagi menonjolkan keseniaan dan kekuatan kaum mereka. Selain daripada itu, pendayung-pendayung pula dipilih di kalangan mereka yang kuat dan pandai tentang seni berdayung perahu. Malah ada segelintir daripada pasukan pada masa itu turut “menyembunyikan” latihan mereka bagi memastikan sentiasa ada kejutan sewaktu pertandingan kelak.

Mungkin sekarang imbuhan memenangi sukan lumba perahu dan dinobatkan sebagai “Raja Air Sungai Sarawak” menjadi pendokong semangat untuk setiap pasukan yang menyertainya namun suatu waktu dahulu memenangi sukan ini berkait langsung dengan maruah kaum. Maruah sebagai pendominasi dunia sukan air di Sarawak itu lebih penting berbanding segalanya.

#SarawakRegatta2019 

Wednesday 23 October 2019

PM TUN M BERBAHAS SENDIRIAN, MP PH "HILANG" LAGI...



PERKHABARAN dari Parlimen. Nampak gayanya PM Malaysia Tun M terpaksa berbahas sendirian apabila MP PH sendiri "menghilang" ketika sesi di Parlimen hari ini.

Rasa-rasa MP PH yang menjadi pemerintah sekarang lebih suka berada di sebelah pihak pembangkang. Apa kata kita berikan apa yang mereka minta pada PRU kelak. 😁

JALAN SELANGAU TATAU - BIAR GAMBAR BERBICARA


PUAK yang satu lagi sering membuat caption di media sosial "biarlah gambar berbicara". Dan hari ini caption ini juga akan menuntut hal yang serupa. Beginilah keadaan jalan Selangau/Tatau sekarang dan akan lebih menambah derita bagi pengguna jalanraya tatkala hari hujan.
Selangau ini dibawah siapa? Takkanlah menteri yang punya kuasa menjaga infrastruktur di Negara Malaysia tidak boleh berbuat sesuatu. Dengarnya tengah sibuk dengan Trans Borneo Highway. Habiskan dahulu Pan Borneo yang diminta oleh rakyat Sarawak.
Takkan dah jadi menteri persekutuan, kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan oi.

#IamSarawakian
#SarawakFirst 

Tuesday 22 October 2019

PEMILIK FB “RAJA RIMBA” UGUT BUNUH AHLI PARLIMEN SANTUBONG


PEMILIK mukabuku bernama “Raja Rimba” terus membuat onar biar kertas siasatan polis sudah dibuka bagi menyiasat satu ugutan bunuh yang dibuatnya ke atas TYT Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.  

Dan semalam selepas hal itu tular, komen “Raja Rimba” di dalam satu grup FB yang mana menyaksikan beliau membuat ugutan bunuh pula ke atas Datuk Seri Wan Junaidi iaitu Ahli Parlimen Santubong.  Ekoran daripada komen itu menyebabkan Dato’ Seri Wan Junaidi melalui pegawai khasnya telah membuat laporan polis di Balai Polis Gita semalam.  Ini merupakan laporan polis kedua untuk “Raja Rimba”.  

Pautan berita penuh:


Tiada kompromi untuk politik “kebencian” seperti ini.  Ini bukan budaya orang Sarawak!

Monday 21 October 2019

UGUT BUNUH TYT SARAWAK, PEMILIK FB "RAJA RIMBA" DICARI POLIS



DEK kerana bodoh tidak bertempat di media sosial, pemilik FB dengan nama "Raja Rimba" dicari polis. Pemilik akaun fb berkenaan didapati telah mengeluarkan ugutan bunuh ke atas TYT Sarawak di satu grup fb baru-baru ini.

Pautan berita penuh seperti berikut:


Tiada kompromi untuk hal seperti ini. Berhemahlah kita menggunakan media sosial.