Saturday 26 October 2019

HARAMKAN PENJUALAN ROKOK MURAH DI MALAYSIA


SATU memorandum telah ditandatangani antara Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC) bersama-sama dengan 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Kuala Lumpur semalam bagi mendesak Kerajaan Malaysia untuk segera melaksanakan pengharaman penjualan rokok yang melanggar undang-undang dan rokok elektronik atau vape di Malaysia.

Usaha ini harus dikuatkuasakan seberapa segera bagi membendung gejala yang mana menyaksikan hampir 300,000 pelajar dan lebih tiga juta perogok ketagihan rokok telah melanggar undang-undang seperti yang dibentangkan oleh Timbalan Menteri Kesihatan di Parlimen baru-baru ini. Selain itu jika dirujuk kepada laporan antarabangsa pula seperti yang dilaporkan oleh Oxford Economics pada keluaran Jun 2019 turut menyatakan bahawa Malaysia berada pada kedudukan teratas di dunia menggunakan rokok haram dan hampir 60% sumbernya daripada industri rokok haram yang dijual di dalam Malaysia itu sendiri.  


Pautan berita penuh:

No comments:

Post a Comment