Sunday 6 October 2019

ANAK SARAWAK JUARA MUAYTHAI REMAJA DUNIA 2019 DI ANTALYA, TURKI


 BIAR kurang publisiti namun ini tidak bermakna kita boleh menutup sebelah mata akan kejayaan seorang anak Sarawak nun sekarang sedang beraksi membawa bendera “Jalur Gemilang” di peringkat Kejohanan Remaja Dunia Muaythai di Antalya,Turki.  Tanpa kita semua sedari, berkat jerih perih berlatih dan berkorban untuk sukan yang diminati akhirnya membuahkan hasil apabila beliau dinobatkan sebagai juara kategori elit 16-17 tahun di kejohanan bertaraf dunia tersebut.  

Anak Sarawak yang masih muda remaja ini adalah Mohd. Rifdean Masdor, 17 tahun yang juga diberi tanggungjawab besar sebagai Ketua Pasukan Negara Malaysia telah berjaya menundukkan lawannya dari Israel iaitu Ruach Hashem Gordon sekaligus menobatkan beliau memenangi pingat emas bagi kategori lelaki 45 kilogram.  

Syabas dan tahniah Mohd. Rifdean kerana membuktikan bahawasanya “Sarawak Boleh” asalkan diberikan peluang.

Pautan berita penuh:

http://www.bhplus.com.my/sukan/lain-lain/2019/10/614573/rifdean-amisha-juara-muay-thai-remaja-dunia

No comments:

Post a Comment