Thursday 3 October 2019

PETRONAS SEDUT RM660 BILION HASIL MINYAK DARI SARAWAK DARI TAHUN 1976-2017. HANYA BAGI BALIK RM33 BILION KEPADA SARAWAK. ADILKAH?


ADA satu artikel yang dimuatnaik di dalam satu portal online iaitu The Malay Reserve bertarikh 30 September 2019 mengenai Petronas dan 5% cukai petroleum.  Antara intipati yang dinyatakan di dalam artikel itu adalah Petronas seharusnya tidak perlu membayar cukai jualan produk petroleum 5% kepada Sarawak kerana petroleum produk jatuh dibawah senarai persekutuan (federal list).  Ianya turut menyokong kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Ekonomi iaitu Datuk Seri Azmin yang mana berkata cukai 5% yang dikuatkuasakan oleh Sarawak itu boleh memberi impak negatif terhadap daya saing dan pendaoatan syarikat minyak negara iaitu Petronas.

Menurut Menteri Ekonomi, Petronas merupakan nadi utama kepada pembangunan industri minyak dan gas negara yang mana pendapatan negara bergantung kepada keberhasilan keuntungan yang didapati dari sumber Petronas itu sendiri.  Dengan Kerajaan Malaysia yang masih dibelenggu dengan hutang dan ketidakpastian pelabur-pelabur maka adalah tidak wajar untuk terus menekan syarikat minyak itu untuk membayar cukai yang dimaksudkan.  

Pautan artikel adalah seperti berikut:


Ekoran daripada itu, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Undang-Undang, Hubungan Negeri - Persekutuan dan Pemantauan Projek), Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali tampil dengan satu kenyataan media semalam di laman mukabuku beliau yang bertajuk “Jika syarikat minyak asing seperti Shell, Murphy Oil, Pertamina dan sebagainya telah membayar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), mengapa Malaya dan Petronas tidak mahu membayar?”.

Menurut Yb Sharifah Hasidah, berdasarkan data sahih menyatakan sejak dari tahun 1976 hingga 2017, jumlah pendapatan yang diambil daripada pengeluaran dan jualan minyak dan gas dalam wilayah Sarawak berjumlah RM660 bilion namun hanya 5 peratus atau RM33 bilion dibayar kepada Sarawak. Dan semua gas asli yang diambil dari Sarawak telah ditukar kepada LNG (gas asli cecair) untuk dieksport ke Jepun, Korea dan Taiwan yang mana perolehan berdasarkan pertukaran wang asing telah begitu menguntungkan Kerajaan Malaysia. Dan pengenaan cukai jualan ke atas produk petroleum adalah tugas fidusiari Kerajaan Sarawak kepada rakyat negeri ini untuk mendapatkan bahagian pendapatan yang adil daripada hasil maksum milik wilayah Sarawak itu sendiri.  

Malah Sharifah Hasidah turut menepis artikel yang disiarkan yang mana menyalurkan maklumat yang tidak tepat iaitu berkaitan hak perlembagaan Negeri Sarawak untuk mengenakan SST produk petroleum terutama gas asli cecair, minyak mentah, cecair gas asli, baja berasaskan kimia dan gas kepada produk cecair.  Selepas bertahun lamanya menyumbang berbilion ringgit kepada kewangan persekutuan dari sumber petroleum Sarawak, beliau turut menempelak kenyataan Menteri Kewangan Lim Guan Eng (seperti dilapor The Malaysian Reserve) bahawa negeri mengenakan cukai jualan untuk tambahan pendapatan sebanyak RM3 bilion adalah tidak munasabah.

Ini kerana berdasarkan kadar pengeluaran semasa minyak dan gas di Sarawak dan harga minyak global semasa, jumlahnya adalah RM40 bilion setahun. Dan cukai 5 peratus yang dikenakan ini dianggarkan hanya menyumbangkan tambahan pendapatan RM3 bilion kepada negeri Sarawak sahaja. RM40 bilion digodek dan Sarawak hanya mahukan bahagian RM3 bilion. Berapa peratuslah sahaja itu.

Dan tatkala Lim Guan Eng menuduh bahawa Malaysia akan kehilangan keyakinan pelabur dalam industri minyak dan gas susulan pengenaan cukai ini, itu adalah bidang kuasa Persekutuan untuk meyakinkan pelabur dan tidak harus menyalahkan Sarawak semata-mata.  Andaikata Kerajaan Persekutuan merasakan tidak dapat mengekalkan keyakinan dan minat pelabur dalam industri minyak dan gas di Sarawak kerana pemain industri termasuk Petronas perlu membayar cukai sebanyak RM3 bilion setahun, kerajaan persekutuan perlu untuk mempertimbangkan secara serius  MEMBENARKAN SARAWAK MENGAWAL SELIA SEPENUHNYA INDUSTRI DIBAWAH ORDINAN PERLOMBONGAN MINYAK DAN ORDINAN PENGEDARAN GAS SARAWAK.  
Tambahnya, Ordinan Cukai Jualan Negeri (SST) 1998 diluluskan mengikut Perkara 95B(3) Perlembagaan Persekutuan yang mana cukup jelas menyatakan dibawah perundangan negeri Sabah dan atau Sarawak BOLEH MEMBUAT UNDANG-UNDAJG BAGI MENGENAKAN CUKAI JUALAN DAN SEBARANG CUKAI JUALAN YANG DIKENAKAN OLEH UNDANG-UNDANG NEGERI DALAM NEGERI SABAH DAN SARAWAK hendaklah disifatkan sebagai antara perkara yang disebutkan dalam Senarai Negeri dan bukan dalam Senarai Persekutuan.

Justeru, untuk badan perlembagaan perundangan negeri meluluskan undang-undang mengenai SST adalah tidak bergantung kepada Perkara 96 seperti yang dilaporkan dalam Malaysian Reserve.

Hak untuk negeri meluluskan undang-undang SST adalah diperbadankan dalam Perlembagaan Persekutuan merujuk kepada cadangan dalam para 24 (1) Bab III Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) yang mana dilampirkan kepada Perjanjian Malaysia.
Justeru katanya, untuk mempersoalkan hak-hak negeri kepada levi SST adalah tidak menghormati Perjanjian Malaysia dan apa yang disediakan dalam undang-undang tertinggi negara sebagai sumber pendapatan Sarawak.

Pautan adalah seperti berikut:



Nampak gayanya dengan tarikh akhir yang diberikan kepada Petronas untuk membayar tunggakan cukai 5% yang dikenakan oleh Sarawak yang mana berakhir 31 Oktober 2019 ini seperti ada bayangan “mereka” TIDAK AKAN MELUNASKANNYA seperti yang dimahukan.  Sudahlah selama ini “gemok” menggodek hasil daripada Sarawak dan tidak malu mengaku hasil negeri sebagai hasil mereka ditambahlagi Kerajaan yang sedia ada sememangnya TIDAK MAHU MELEPASKAN walau sesen pun untuk dinikmati rakyat Sarawak waima ianya dikaut dari bumi Sarawak, sudah terang lagi bersuluh adalah perlu untuk Sarawak memuktamarkan isu ini ke mahkamah seperti yang diwar-warkan sebelum ini.

Cukup-cukuplah kita menjadi “balaci” selama lebih 40 tahun setelah Akta Petroleum diwujudkan.  Kesalahan pemimpin terdahulu jangan diulang dan dengan suara rakyat Sarawak yang kuat berkumandang menuntut hak-hak yang hilang dan terhakis, Kerajaan Sarawak dibawah Gabungan Parti Sarawak harus membulatkan tekad memperjuangkan hak itu sehingga ke titisan yang terakhir.  Better late than never!

RM660 bilion keuntungan yang disedut dari minyak dan gas Sarawak dari tahun 1976 hingga 2017 dan Sarawak sepanjang tempoh itu hanya merasa RM33 bilion sahaja.  Maklumat sekarang hanya dihujung jari dan rakyat Sarawak tidak paloi selamanya. LANGSUNG TIDAK ADIL!!!

JIKA syarikat yang lain boleh membayar, mengapa Petronas yang sudah membantai hasil maksum Sarawak hampir satu abad DIKECUALIKAN????

#IamSarawakian
#SarawakFirst

No comments:

Post a Comment