Thursday 17 October 2019

KOTAKAN JANJI BAYAR BALIK KOS 50% PEMBINAAN JAMBATAN BATANG LUPAR


PEMERINTAH yang terdahulu iaitu Barisan Nasional telah bersetuju untuk menanggung 50% daripada jumlah keseluruhan pembinaan Jambatan Batang Lupar yang dianggarkan bernilai RM800 juta.  Namun selepas berlakunya peralihan kuasa Mei 2018 dibawah PH, projek jambatan ini antara projek infrastruktur di Sarawak yang tidak diteruskan.  

Walaupun begitu atas nama kesejahteraan rakyat Sarawak, Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Patinggi Dr. Abang Abdul Rahman Zohari di dalam Belanjawan Sarawak 2019 telah mengwar-warkan untuk projek infrastruktur ini diteruskan yang mana melibatkan pembinaan jambatan sepanjang 5.1 km.  

Namun sayangnya ketika pembentangan Belanjawan 2020, hal mengenai Jambatan Batang Lupar hilang dari radar perbelanjaan yang dibentangkan.  Pembayaran balik 50% daripada kos pembinaan jambatan itu harus dibuat oleh Persekutuan agar Sarawak boleh meneruskan pembangunan infrastruktur seperti rangkaian jalan pesisir dan lain-lain yang menuntut kos-kos yang lebih tinggi dibawah jurisdiksi Kerajaan Sarawak.  

Menurut Dato’ Sri Hajah Rohani Karim yang juga Ahli Parlimen Batang Lupar, apakah makna kemakmuran bersama sekiranya janji-janji yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan tidak ditunaikan.  


Pautan berita penuh:

No comments:

Post a Comment