Friday 25 October 2019

RM24 BILION UNTUK BINA RANGKAIAN JALANRAYA KAWALAN SEMPADAN


INDONESIA sudahpun mengesahkan bahawa ibukotanya akan berpindah ke Kalimantan menjelang tahun 2024.  Untuk itu, Sarawak sebagai negara jiran kepada Kalimantan harus bersiap sedia samada dari segi limpahan ekonomi mahupun kawalan sempadannya tersendiri.

Untuk itu Kerajaan Sarawak telah bersetuju untuk membina satu rangkaian jalanraya kawalan sempadan yang bermula Biawak ke Serikin, Engkilili melalui Lubok Antu, Long Silat, Long Banga, Bario, Ba’ Kelalan, Long Samado, Long Sukang dan berakhir di bandar Lawas.  Kos untuk pembinaannya pula dianggarkan sebanyak RM24 bilion.  

Hal ini diwar-warkan oleh Tan Sri Dr. James Jemut Masing yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak merangkap Menteri yang bertanggungjawab di dalam Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak selepas sahaja menghadiri taklimat Program Rangkaian Jalanraya Dan Kawalan Sempadan tadi.  

Pautan berita penuh:

No comments:

Post a Comment