Sunday 20 October 2019

PDA 1974, SAH ATAU TIDAK?


DALAM beberapa hari ini cerita mengenai Akta Petroleum 1974 menghiasi ruangan sosial media Sarawak sekali lagi.  Ini berikutan daripada tempoh yang diberikan kepada Petronas untuk menjelaskan 5% cukai eksport minyak dan gas seperti yang termaktub di dalam OMO 1958 akan berakhir pada akhir bulan ini.  Buat masa sekarang menurut apa yang diwar-warkan di dalam media tempatan Sarawak menyatakan masih ada perundingan sedang dijalankan antara kedua-dua pihak.  

Berbicara akan hal Akta Pembangunan Petroleum atau Petroleum Development Act 1974 (PDA 1974), ada dua orang ahli politik yang juga pengamal undang-undang bertauliah di Sarawak mengulas isu tersebut.  

Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar iaitu Speaker DUN Sarawak menyatakan bahawa PDA 1974 SUDAH TIDAK SAH apabila akta darurat dimansuhkan pada tahun 2011.  Beliau turut menambah bahawa OMO 1958 yang dilaksanakan oleh Sarawak, 16 tahun sebelum PDA 1974 adalah undang-undang yang wajib diikuti pada mana-mana syarikat yang dibenarkan untuk menggodek hasil maksum Sarawak.  

Penyataan itu disuarakan beliau seperti pautan berikut:

https://dayakdaily.com/pda-invalid-since-the-lifting-of-emergency-in-2011-says-asfia/

Bagi Datuk Seri Nancy Shukri, Ahli Parlimen Batang Sadong pula berpendapat bahawasanya PDA 1974 tidak boleh digunapakai di Sarawak.  Menurut beliau setiap akta diperingkat Persekutuan haruslah dipersetujui di peringkat Dewan Undangan Negeri Sarawak yang mana ianya sudah tercatit di dalam Perlembagaan Malaysia.  Namun begitu kewujudan PDA 1974 tidak langsung dibuat sedemikian.  

Pautan kenyataan DS Nancy adalah seperti berikut:


Kedua-duanya mempunyai alasan yang kukuh berdasarkan kepada kepakaran mereka di dalam perundangan.  Sementara itu jika kita kembali kepada “persetujuan” Dewan Undangan Negeri Sarawak, sememangnya sehingga sekarang tiada bukti Hansard DUN yang memperjelaskan bahawa ianya pernah dibahaskan mahupun disokong oleh ahli DUN Sarawak seperti kenyataan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Dr. Abang Abdul Rahman Zohari di sidang medianya pada tanggal 19 Julai 2018.

Pautan adalah seperti berikut:


Adakah Akta Pembangunan Petroleum 1974 SAH ATAU TIDAK dipandangan anda.  Sila berkomen dengan membina agar kita boleh memahaminya dengan sebaik mungkin.  

No comments:

Post a Comment