Friday, 25 October 2019

KERUSI DUN MAMBONG MILIK SUPP -DATO SRI SIM KUI HIAN-


SUDAH disahkan bahawa penyandang kerusi DUN Mambong iaitu YB Datuk Dr. Jeril Susip menjadi ahli keluarga Parti Bumiputera Bersatu (PBB) yang menjadi sebahagian pembentuk Gabungan Parti Sarawak (GPS).  Menurut satu temubual dengan YB Datuk Dr. Jeril keputusan itu diambil bagi memastikan DUN Mambong akan terus mendapat limpahan kemajuan dan pembangunan untuk rakyatnya.  

Dalam pada itu sudah ada corat-coret di dalam dunia politik Sarawak itu sendiri apabila Presiden SUPP yakni Dato Sri Dr. Sim Kui Hian yang tetap mengatakan bahawa kerusi DUN Mambong adalah hak SUPP sewaktu bertanding pilihanraya kelak.  

Pautan berita penuh:


Untuk rekod, YB Datuk Dr. Jerip Susil merupakan ahli politik dari SUPP pada mulanya sebelum berpindah menyertai Parti Sarawak Bersatu.  Pada PRN ke-11 dengan kepakaran teknikal mantan Ketua Menteri Sarawak iaitu Allahyarham Pehin Seri Adenan Satem menyaksikan formula calon langsung Barisan Nasional digunakan yang menyaksikan YB Datuk Dr Jerip biarpun dari PSB menggunakan lambang BN sebagai calon untuk N19 Mambong.  

Ternyata sokongan rakyat Mambong ke atas Dr. Jerip Susil masih lagi ada biarpun berpindah parti lantas beliau memenangi kerusi DUN Mambong mengalahkan calon DAP dan PKR pada masa itu.  Inilah "winnable candidate" seperti yang dimahukan. 

Sama-samalah kita tunggu apabila PRN ke-12 kelak, adakah DUN Mambong akan diwakili oleh PBB atau SUPP yang mana kedua-duanya adalah ahli Gabungan Parti Sarawak.  Pucuk pimpinan GPS sudah tentu akan memberikan kaedah yang terbaik bagi memastikan GPS akan terus unggul di Sarawak amnya dan Mambong khasnya. Buat masa sekarang biarlah YB Mambong meneruskan perjuangannya untuk memakmurkan rakyat Mambong serta berbakti kepada Sarawak sebagai Menteri Muda Pengangkutan, portfolio baru di dalam Kabinet Sarawak.  

PRN ke-12, kerusi N19 Mambong, milik siapa???  

#IamSarawakian
#SarawakFirst

No comments:

Post a Comment