Wednesday 30 October 2019

BAJET ALTERNATIF 2020 ADIL 13

AWAL November 2019 sidang Dewan Undangan Negeri Sarawak akan membahas Bajet 2020 untuk Sarawak yang akan dilakukan oleh Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Patinggi Dr. Abang Abdul Rahman Zohari. Kesemua rakyat Sarawak sudah tentu tidak sabar menantikannya setelah Bajet 2019 menyaksikan Sarawak berbelanja besar bagi menjamin kesinambungan urustadbir dan pembangunan yang tersusun untuk rakyat Sarawak tanpa bergantung kepada dana dari Kerajaan pusat dibawah PH.

Hari ini pula, satu rombongan yang menggelar diri mereka ADIL 13 seramai lebih kurang 15 orang kesemua bertindak menghantar apa yang mereka kenali sebagai Bajet Alternatif 2020 Sarawak. ADIL 13 adalah antara satu pertubuhan yang terdiri daripada penyokong-penyokong Parti Keadilan Rakyat yang dipengerusikan oleh Iswardi Morni. Di dalam sidang media di luar Wisma Bapa Malaysia tadi dinyatakan bahawa bajet alternatif yang mereka hantarkan hari ini adalah berasaskan cadangan rakyat Sarawak melalui media sosial. Dan bajet ini bersandarkan kepada 13 perkara yang dikatakan boleh memajukan Sarawak lagi.

Jika dilihat dari segi detail bajet alternatif ada menyatakan bahawa buat julung kalinya mereka mencadangkan agar rizab tunai Sarawak sebanyak RM32 bilion digunakan iaitu sebanyak RM8 bilion kesemuanya. Konon-konon dengan pengunaan tersebut maka Sarawak tidaklah perlu meminjam dari luar dakwa mereka. Antara cadangan infrastruktur yang dibuat adalah untuk membina Keretapi Trans Borneo bagi menyambung Kalimantan-Sarawak-Brunei-Sabah.

Amat menarik apabila di dalam bajet itu turut menyelitkan tentang bagaimana Kerajaan Sarawak boleh membantu FAS iaitu pengendali sukan bolasepak di Sarawak. Mereka mencadangkan RM295 juta diperuntukkan untuk FAS yang mana RM5 juta dikhaskan untuk membawa penyokong-penyokong FAS melihat perlawanan di luar Sarawak.

Begitulah antara intipati ringkas bajet alternatif cadangan ADIL 13 yang mungkin dibuat oleh akauntan “bertauliah” mereka. Cuma terfikir adakah bajet ini mendapat “restu” dari Pakatan Harapan Sarawak atau hanya syok sendiri daripada pertubuhan pro-reformasi ini.

Mungkin ada sepatah dua kata daripada Pengerusi PH Sarawak…kita tungguuuu

No comments:

Post a Comment