Tuesday, 8 October 2019

HARGA MINYAK DI SARAWAK SEPATUTNYA KURANG DARI RM2


POLISI mengenai Program Subsidi Petrol yang mengecualikan Sarawak, Sabah dan Labuan terus menjadi bualan warganet lebih-lebih lagi di ketiga wilayah yang terlibat.  Biarpun menurut Chong Chieng Jen ianya akan memberikan ketiga-tiga wilayah itu polisi yang berlainan kerana hanya diletakkan sebagai RM2.08 seliter dan tiada apungan seperti di Malaya namun ada banyak hal yang masih lagi menjadi persoalan.  

Menurut YB Abdullah Saidol merangkap Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) yang juga ADUN Semop menyatakan seharusnya harga minyak di Sarawak ditetapkan kurang dari RM2 seliter kerana sejak dari dahulu lagi hasil minyak dan gas Sarawaklah yang menjana kesemua subsidi yang diberikan kepada rakyat Malaysia.  Telahan lagi, Sarawaklah pengeluar utama keberhasilan utama Malaysia selama ini.  

Beliau turut menambah beliau masih curiga akan kepastian yang dinyatakan oleh Chong Chieng Jen itu sendiri yang mana sudah terbukti semenjak menjadi menteri peringkat persekutuan sering mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan terutama sekali janji-janji yang dibuat kepada rakyat Sarawak.  

Selain itu, YB Abdullah turut masih tidak mengetahui apakah tindakan seterusnya yang akan dibuat oleh Kerajaan Persekutuan andainya harga minyak dibawah RM2 di pasaran. Adakah Sarawak masih lagi tetap membayar RM2.08 ataupun hanya Malaya sahaja yang akan mendapat keistimewaan.  

Pautan berita penuh:


Jika diikutkan “kecurigaan” YB Abdullah Saidol itu ada benarnya kerana buat masa sekarang rakyat Sarawak bersandarkan kenyataan daripada satu kerajaan yang begitu mudah membuat pusingan-u pada banyak benda.  Dan kita masih tidak mengetahui apakah ini hanya “sandiwara” sahaja bagi menunjukkan keprihatinan Kerajaan PH buat masa sekarang lebih-lebih lagi menjelang pilihanraya negeri yang akan tiba tidak lama lagi.  Tatkala Sarawak sudah “dimenangi” mereka mungkin akan ada pusingan untuk menyelaraskan kesemua harga minyak diapungkan kerana pada masa itu rakyat Sarawak sudah tidak boleh berkata-kata apa-apa lagi.  

Selain itu berbicara soal harga minyak, sebagai pengeluar minyak sememangnya Sarawak wajar diberikan keistimewaan yang tidak seperti negeri-negeri lain di Malaysia.  Jika Negara Brunei mampu memberikan harga minyak yang rendah kepada rakyatnya kerana jumlah kenderaan yang kurang mengapa Sarawak tidak boleh diberikan sebegitu rupa.  Ini kerana berapalah sahaja kenderaan di Sarawak jika dibandingkan dengan jumlah kenderaan di Malaya yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.


Malah Menteri KPDNKK sendiri mengakui bahawa penggunaan petrol di Sarawak kurang jadi mengapa tidak boleh! Hanya mahu dan tidak mahu sahaja sebenarnya.

#IamSarawakian
#SarawakFirst

No comments:

Post a Comment