Tuesday 15 October 2019

“TISU KOYAK” DI PARLIMEN



PERKHABARAN dari sessi perbahasan Belanjawan 2020 hari ini di Parlimen menyatakan bahawa MP Bagan iaitu YB Lim Guan Eng menyertai sessi perbahasan dengan membacakan Peraturan 36(6) iaitu Ahli Yang Berhormat tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat terhadap Ahli yang lain.  Dan ini dikhususkan kepada MP Batang Sadong iaitu DS Nancy Syukri yang telah menempelak beliau yang menghina rakyat Sarawak sebagai “Pengemis Yang Tamak” semalam.  Beliau cuba membuat pusingan U bahawa beliau TIDAK PERNAH berkata sedemikian.  

MP Bagan meminta Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk menguatkuasakan peraturan dan memaksa MP Batang Sadong menarik balik kenyataan tersebut.  Selepas membaca “isihati” nya di Dewan dikatakan MP Bagan terus meninggalkan dewan yang mulia.  

Nampak sangat MP Bagan “tisu koyak” bila dihentam dan diasak oleh seorang ahli parlimen wanita.  Apa kes ni?? Krik krik krik

No comments:

Post a Comment