DUNIA sukan tanahair dikejutkan dengan perkhabaran duka akan kehilangan seorang perenang yang sedang meningkat naik potensinya di Malaysia amnya dan Sarawak khususnya iaitu Mendiang Aryton Lim. Mendiang merupakan perenang yang mewakili pasukan SUKMA Sarawak pada tahun 2018 dan baharu sahaja kembali menjalani latihan intensif di Singapura sebelum disahkan meninggal dunia di rumahnya di Tabuan Laru, Kuching.
Pemergian Mendiang Aryton Lim ditangisi seluruh peminat sukan tanahair dan tidak kurang di Sarawak sendiri. Menteri Muda Belia dan Sukan Sarawak iaitu Datuk Snowdan Lawan turut berdukacita akan pemergian atlet berbakat yang menurut beliau di dalam proses untuk digilap sebagai juara. Sebagai menteri yang bertanggungjawab ke atas belia dan sukan Sarawak, beliau melalui kementeriannya berjanji akan memberikan bantuan yang semampu boleh kepada keluarga mendiang nanti.
Pautan berita penuh:
No comments:
Post a Comment