Saturday 12 October 2019

BAJET 2020 BERORIENTASIKAN MALAYA DAN SARAWAK HANYA “TELAN AIR LIUR” SEPERTI SELALUNYA


BELANJAWAN untuk tahun 2020 baru sahaja menutup tirainya.  Lantas ianya mendapat respons dari pelbagai pihak baik dari rakyat jelata mahupun dunia politik itu sendiri.  Apa yang pasti, Sarawak samada bernaung dibawah Barisan Nasional dahulu atau bersendirian sebagai pembangkang di pihak Persekutuan tetap hanya menjadi pemanas “bangku simpanan” biarpun segala subsidi yang dinikmati oleh rakyat Malaysia itu sendiri datangnya dari keberhasilan Sarawak.  

Dalam pada itu bagi kuartet kerajaan pemerintah iaitu PH Sarawak pula mempunyai pandangan yang berbeza.  YB Chong yang juga Timbalan Menteri KPDNKK di persekutuan memuji usaha Kerajaan Pakatan di dalam belanjawan tersebut.  Menurut beliau Sarawak menerima peruntukan terbanyak di dalam perbelanjaan pembangunan iaitu 14.8 peratus yang menjadikan ianya lebih baik berbanding ketika dibawah BN.  

Tambah beliau, belanjawan yang ditampilkan itu juga turut mesra perniagaan serta mempunyai pelbagai geran serta pengecualian cukai.  

Pautan berita penuh seperti berikut:  

https://sarawakvoice.com/2019/10/12/chong-belanjawan-2020-mesra-perniagaan/

Sementara itu untuk YB Baru Bian, PKR Sarawak yang menjadi menteri kerja raya Malaysia pula berpendapat apa yang diperuntukkan untuk Sarawak dan Sabah pada belanjawan 2020 menunjukkan bahawa Kerajaan Pakatan Harapan tidak pernah meminggirkan dua negeri di Borneo.  

Tambah beliau lagi banyak cadangan untuk kerja-kerja infrastruktur diberikan dan pihaknya akan berusaha ianya dilaksanakan dan bukan hanya cakap-cakap sahaja.  

Pautan berita penuh seperti berikut:


Itu dua cerita daripada kem yang sama yakni memayungi Kerajaan Pakatan Harapan sekarang yang sudah tentu kita ketahui akan “kuat kipas” semaksima mungkin sepertimana Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng yang semasa pembentangan asyik memuji MP Langkawi biarpun pencapaian Langkawi yang baharu dari segi ekonomi hanya sebanyak RM30 juta sebagai pengeluar beras pulut Malaysia.

Dalam pada itu untuk ahli parlimen Gabungan Parti Sarawak yang turut berada di kerusi Parlimen Malaysia semalam mempunyai pandangan yang berbeza. Usai pembentangan Belanjawan 2020 semalam, yang pertama mengeluarkan kenyataan media adalah Ketua WHIP GPS iaitu Dato Seri Fadillah Yusuf, Ahli Parlimen Petra Jaya.  

Menurut beliau belanjawan 2020 menyaksikan ketidakadilan kepada Sarawak berbanding Sabah dari segi keluasan.  Peruntukan pembangunan yang diberikan kepada Sarawak hanyalah RM4.4 bilion berbanding RM5.2 bilion untuk Sabah SEDANGKAN Sarawak itu keluasannya hampir sama dengan negeri-negeri di Malaya.

Dato Seri Fadillah turut musykil dengan cerita perlaksanaan sekolah-sekolah daif di Sarawak yang mana pembayaran kontra dari jumlah RM1 bilion yakni RM350 juta telahpun dibayar oleh Sarawak untuk tujuan tersebut namun ianya langsung tidak diperincikan di dalam Belanjawan 2020 semalam.  

Pautan adalah seperti berikut:

https://www.facebook.com/RedParrot1840/photos/a.1098570846828581/2743405369011779/?type=3&theater

Untuk ADUN Batu Kawah dari SUPP yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak iaitu Dato Seri Sim Kui Hian menyifatkan bahawa belanjawan 2020 semalam masih lagi mengutamakan Malaya dan ianya jauh daripada manifesto PH pada PRU iaitu menjanjikan 30% belanjawan untuk Sabah Sarawak sebaliknya yang diberikan adalah 17% sahaja.  Dan usahlah bermimpi akan mendapat 20% royalti minyak dan gas kerana sudah terang lagi bersuluh ianya hanya dodoian demi meraih undi Sabah dan Sarawak sahaja.  

Bagi Datuk Sri Stephen Rundi Utom yang juga Menteri Utiliti Sarawak begitu hampa dengan belanjawan 2020.  Ini kerana bagi beliau apa yang diharapkan langsung tidak kesampaian. GPS dengan dana sendiri telah memperuntukkan RM2.37 bilion untuk penjanaan elektrik di kawasan pedalaman dan amat mengharapkan RM900 juta lagi bagi mendapat 100% keseluruhan grid elektrik.  Namun sayangnya peruntukan yang dijanjikan oleh pihak Persekutuan hanya umpama debu ditiup angin.  

Selain itu beliau turut mempersoalkan tentang peruntukan bekalan air bersih untuk kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.  Yang hanya pihak persekutuan berikan hanya RM470 juta sahaja untuk dikongsi bersama dan tiada perincian.  Sedangkan untuk Sarawak sahaja memerlukan RM3 bilion keseluruhannya.  

Pautan adalah seperti berikut:

Begitulah ceritanya belanjawan 2020 semalam yang menyaksikan daripada jumlah keseluruhan peruntukan untuk pembangunan di Malaysia adalah RM56 biliun. Melihat angka yang disebutkan sememangnya boleh membongkangkan mata namun hakikatnya Sarawak yakni penjana ekonomi Malaysia hanya mampu menelan air liur sahaja yakni menerima 7.8 peratus sahaja.

Dan dua negeri di Borneo iaitu Sabah dan Sarawak hanya menerima sekitar 17% daripada sasaran 30% seperti yang diwar-warkan di dalam Manifesto PH pada PRU-14 yang lepas.  Oleh kerana janji Manifesto bukanlah satu kitab suci maka rakyat Sarawak TANPA SEDAR TELAH DIKENCING BERDIRI sekali lagi.  

Apa lagi selepas ini? Kita tungguuuuuuuuuuuu.

No comments:

Post a Comment