YANG diwar-warkan oleh PH Sarawak bahawa penubuhan MPKKP yang akan dilaksanakan di Sarawak adalah untuk memudahkan penyaluran bantuan Persekutuan kepada rakyat Sarawak seperti BSH dan sebagainya. Dan ianya bukan sama sekali konon untuk mengambilalih urusan Ketua Kaum dan Penghulu yang menjadi nadi perhubungan antara rakyat dan kerajaan Sarawak.
Namun hari ini temberang besar PH Sarawak akan penubuhan MPKKP di Sarawak akhirnya dipecahkan sendiri oleh YB Lim Guan Eng, ahli Parlimen Bagan dari DAP yang juga Menteri Kewangan Malaysia itu sendiri. Umpama membuka pekung di dada, LGE mengakui bahawa MPKKP ditubuhkan bagi menawan Sarawak supaya senang mereka mempengaruhi rakyat di akar umbi.
Pautan berita penuh adalah seperti berikut:
Pepatah lama ada menyatakan bangkai gajah mana mungkin boleh ditutup dengan nyiru dan begitulah juga persamaannya dengan apa yang diperkatakan oleh Lim Guan Eng yang sememangnya sahih kewujudan MPKKP itu adalah untuk menjalankan dasar pecah dan perintah di Sarawak. Selama ke hari ini kesatuan rakyat Sarawak di dalam mendokong perjuangan parti-parti tempatan sememangnya amat dicemburui oleh parti-parti dari Malaya.
Ingatkan hanya penjajah seperti British yang mempunyai kaedah pecah dan perintah sewaktu menjajah Sarawak dan sekarang parti dari luar yang begitu mengidamkan Sarawak sudah mula mengorak langkah dengan golongan “ulun Malaya” yang bersekongkol dengan mereka.
Apakah rakyat Sarawak mahu membiarkan ini berlaku. Tepuk dada tanya otak.
#IamSarawakian
#SarawakFirst
#SarawakFirst
No comments:
Post a Comment