Thursday 29 March 2018

LALUAN LRT DIUMUMKAN



MENEPATI janjinya, hari ini Ketua Menteri Sarawak Iiaitu Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Openg mengumumkan cadangan laluan Transit Aliran Ringan (LRT) Sarawak yang mempunyai dua laluan utama. Laluan 1 menghubungkan Damai (Damai Sentral) ke Muara Tuang yang mempunyai 24 stesen manakala Laluan 2 adalah dari Muara Tebas ke Serian yang mempunyai 26 stesen. Untuk Bandaraya Kuching sahaja mempunyai 12 stesen yang akan dibina.  

Wednesday 28 March 2018

STESEN TV SARAWAK


MEDIA perdana antara wadah untuk menyampaikan segala dasar dan polisi kerajaan kepada rakyat. Dan umum mengetahui betapa rakyat Sarawak begitu menginginkan agar Sarawak mempunyai stesen tv tersendiri. Yang mana ia akan menjadi wadah utama untuk menyampaikan berita terkini yang berlaku di seluruh Sarawak yang luas ini.
Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari semalam mengwar-warkan bahawa kerajaan negeri Sarawak sedang mengadakan perbincangan dengan beberapa stesen tv dalam dan luar negara bagi melaksanakan penubuhan stesen tv Sarawak tersendiri. Biarpun beliau masih tidak mengumumkan bilakah ia akan dilaksana tetapi sekurang-kurangnya sudah ada usaha ke arah itu.
Setakat ini tidak diketahui samada yang dimaksudkan KM Abang Jo ini selari dengan apa yang dilancarkan oleh PM Najib di Kota Kinabalu pada tanggal 21 Mac 2018 lepas iaitu pelancaran saluran tv baru untuk Sabah dan Sarawak.

Gambar sekadar hiasan

Sunday 25 March 2018

BAZAR BATU 7 ANTARA LALUAN LRT SARAWAK


PROJEK Transit Aliran Ringan (LRT) adalah antara projek mega yang dinanti-nantikan oleh rakyat Sarawak sejak ia diumumkan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari beberapa bulan yang lalu.  Difahamkan projek ini akan bermula di bandar Kuching dan seterusnya ke Samarahan serta Serian sebelum mungkin suatu hari nanti akan dipanjangkan ke bahagian-bahagian yang lain di Sarawak.  Selain pengumuman itu menyaksikan LRT Sarawak juga dijangka akan menggunakan teknologi hidrokarbon sebagai bahan penggeraknya.
Apa yang menjadi tanda tanya sekarang dimanakah pula laluan sebenar LRT itu nanti yang mana menurut KM Abang Jo hanya akan diwar-warkan pada 29hb Mac 2018 ini.  Disamping itu ketika merasmikan “Malam Harmoni” di Dataran Kota Sentosa pada hari sabtu lepas turut memberitahu bahawa salah satu laluan tersebut adalah Bazar Batu 7 yang sememangnya diketahui antara kawasan yang mengalami kesesakan trafik yang teruk.  
Jadi sama-samalah kita tunggu pengumumannya pada hari Khamis, 29 Mac 2018.  

Saturday 24 March 2018

LANTIKAN KETUA PENERANGAN, BENDAHARI DAN TIMBALAN SETIAUSAHA AGUNG PBB PENGGAL 2018-2020


SEMALAM menyaksikan mesyuarat PBB yang dipengerusikan oleh Presiden PBB, Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg mengumumkan perlantikan tiga jawatan peringkat tertinggi parti tersebut yang berkuatkuasa untuk penggal 2018 hingga 2020. Tiga nama yang dilantik bukanlah calang-calang individu malah sudah terserlah kewibawaan mereka di peringkat tertinggi parti.  

Perlantikan ADUN Muara Tuang iaitu Dato Haji Idris bin Haji Buang sebagai Ketua Penerangan PBB Sarawak yang menggantikan pemegang sebelumnya iaitu Datuk Usop Sani.  Selain itu, Haji Ibrahim bin Baki sebagai Timbalan Setiausaha Agung PBB manakala Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi pula sebagai Bendahari PBB.

Tahniah dan syabas diucapkan dan semoga terus memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk bangsa, agama dan negara.

Tuesday 20 March 2018

SEMPADAN MARITIM SARAWAK TETAP 12 BATU NAUTIKA


USAI sahaja penubuhan PETROS secara rasmi dan di waktu yang sama KM Abang Jo memperjelaskan autonomi Sarawak yang diperolehi kembali dari “diambil” pihak Persekutuan mengikut perkara 2c Senarai Negeri dan 8j Senarai Persekutuan pada 7hb Mac 2018 yang lepas sudah ada kedengaran suara-suara sumbang yang mempertikaikannya.  Lebih-lebih lagi apabila berbicara hak wilayah sempadan maritim Sarawak yang telah ditukar dari 12 batu nautika kepada 3 tiba batu nautika.
Semalam menyaksikan KM Abang Jo iaitu ketika merasmikan Dialog Perniagaan “Menghubungkan Komuniti Perniagaan Miri” anjuran Dewan Perniagaan Dan Industri Sarawak di Miri sekali lagi mengwar-warkan bahawa Sarawak pada hakikatnya masih lagi berkuasa ke atas sempadan wilayah maritimnya sehingga ke 12 batu nautika.  Ini kerana menurut beliau, walau Parlimen Malaysia pernah meminda wilayah maritim sebelum ini namun berdasarkan kepada undang-undang Sarawak sudah termaktub apa sahaja yang berkisar kepada Artikel 2, Senarai Negeri tidak boleh dipinda sewenang-wenangnya tanpa persetujuan DUN Sarawak.
Dalam ucapannya juga KM Abang Jo menyatakan bahawa apa yang dilakukan beliau adalah berdasarkan kepada undang-undang yang sedia ada dan beliau tidak akan mundur menyerah kalah kerana percaya beliau dan keseluruhan Kerajaan Negeri Sarawak berada di pihak yang benar di dalam memperjuangkan hak-hak Sarawak yang hilang.  

Monday 19 March 2018

TIADA CALON LANGSUNG BN SARAWAK PRU KE-14


JIKA di PRN 2016 yang lepas formula calon langsung BN telah sandaran kejayaan dan kecemerlangan keputusannya dibawah pimpinan Allahyarhan Pehin Sri Toknan, namun untuk PRU Ke-14 ini seperti yang diwar-warkan oleh KM Abang Jo ianya tidak akan digunapakai lagi.  Menurut CM Abang Jo formula yang sama tidak boleh digunakan kerana pilihanraya umum yang boleh diadakan bila-bila masa kali ini bukan hanya melibatkan negeri Sarawak malah seluruh Malaysia.  

Sekaligus kenyataan dari CM Abang Jo ini menggambarkan bahawa Tan Sri William Mawan Ikom tidak akan mempertahankan kerusi beliau.  Namun begitu jika dilihat daripada senario kebelakangan ini dan berdasarkan desas-desus dunia politik di Sarawak turut memperkatakan bahawa Tan Sri Mawan mungkin akan terus mempertahankan kerusi Parlimen Saratok dan bertanding atas tiket BN-PBB.  

Wednesday 14 March 2018

DATUK STEPHEN MUNDAW - ANAK IBAN PERTAMA JAWATAN PANGLIMA MEDAN TIMUR


SATU lagi sejarah tercipta bagi anak Sarawak apabila buat pertama kalinya seorang anak Iban Sarawak iaitu Datuk Stephen Mundaw telah dinaikkan pangkat kepada Jeneral 3 Bintang sebagai Leftenan General sekaligus turut digelar sebagai Panglima Medan Timur.  Sebagai Panglima Medan Timur menyaksikan beliau akan menjadi pegawai utama di dalam 2 divisyen Tentera Darat iaitu Division 1 dan Division 5 termasuklah Bridget Sempadan untuk Sarawak dan Sabah.

Anak Iban kelahiran Sungai Melaban, Pakit dari Bahagian Sri Aman mendapat pendidikan awal di SRK St Lawrence sebelum meneruskan pendidikan menengah di SMK St Columbus, Miri dan SMK Simanggang, Sri Aman.  Minatnya di dalam dunia ketenteraan sudahpun mekar sejak di masih dibangku sekolah dan usai menamatkan persekolahannya telah memilih untuk melanjutkan pelajaran di Sekolah Latihan Pegawai Kadet, Sebatang Karah, Negeri Sembilan.  Dek kerana kecemerlangannya juga menyaksikan akhirnya beliau melanjutkan pelajarannya sekali lagi ke Australia iaitu di Portsea Victoria.

Untuk berada di kedudukan yang tinggi di dalam dunia ketenteraan ini bukanlah sesuatu yang mudah.  Hanya disiplin yang tinggi serta semangat waja boleh memacu kejayaan kariernya.  Antara jawatan yang pernah dipegang oleh beliau adalah seperti 6RRD sebagai Ketua Platun, 7RRD Ketua Kompeni, Pegawai Perisikan serta banyak lagi.  

Semoga kejayaan beliau akan menjadi contoh kepada generasi baru anak Sarawak untuk memilih kerjaya ketenteraan dengan lebih menyeluruh lagi. Syabas dan Tahniah diucapkan kepada Datuk Stephen Mundaw. 

Saturday 3 March 2018

PENGEMBALIAN AUTONOMI SARAWAK MA63 DIUMUMKAN 6 MAC 2018


JAUH sekali bukan gimik menjelang PRU ke-14 kerana hal ini sudahpun diperjuangkan sejak Sarawak dibawah mantan KM sebelumnya iaitu Allahyarham Pehin Sri Datuk Patinggi (Dr) Haji Adenan bin Satem lagi.  Kemudian ianya diteruskan oleh KM Sarawak sekarang iaitu Datuk Patinggi (Dr) Haji Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg.  Dan bukanlah sesuatu yang mudah dan sudah tentu mengambil masa yang lama untuk direalisasikan semula.  
Akhirnya setelah pelbagai diskusi peringkat negeri dan persekutuan ditambahlagi keseriusan kedua belah pihak yang mendengar kehendak rakyat Sarawak, semalam KM Sarawak Abang Johari mengumumkan bahawa akan ada pengumuman penting di Kuching pada hari Selasa ini, 6 Mac 2018 iaitu berhubung dengan pengembalian hak-hak Sarawak daripada persekutuan dibawah Perjanjian Malaysia 1963.  
Jadi sama-samalah kita nantikan pengumuman tersebut kerana sudah cukup lama kita menunggu dengan penuh harapan di dada.  

Thursday 1 March 2018

PAS BERTANDING DI 5 PARLIMEN PRU-14


SATU kelainan ditampilkan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pada PRN 2016 yang lalu apabila meletakkan calon bukan Islam buat kali pertama di dalam sejarah pilihanraya Sarawak iaitu di DUN Kakus namun tetap kalah pada ketika itu.  Dan untuk PRU ke-14 ini pula sudah disahkan mereka akan meletakkan calon bukan Islam sekali lagi seperti yang digembar-gemburkan oleh Pesuruhjaya PAS Sarawak iaitu Jofrie Jaraiee.
Turut dinyatakan bahawa PAS Sarawak akan bertanding di lima kawasan parlimen cuma masih merahsiakan dimanakah kawasan parlimen yang mereka pilih.  Untuk rekod di sepanjang PAS Sarawak berkecimpung di dalam arena pilihanraya Sarawak, setakat ini belum ada satu pun calon mereka yang berjaya memenangi hati pengundi Sarawak malah jumlah undi juga terlalu sedikit malah ada yang pernah hilang wang pertaruhan.