SEMALAM menyaksikan mesyuarat PBB yang dipengerusikan oleh Presiden PBB, Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg mengumumkan perlantikan tiga jawatan peringkat tertinggi parti tersebut yang berkuatkuasa untuk penggal 2018 hingga 2020. Tiga nama yang dilantik bukanlah calang-calang individu malah sudah terserlah kewibawaan mereka di peringkat tertinggi parti.
Perlantikan ADUN Muara Tuang iaitu Dato Haji Idris bin Haji Buang sebagai Ketua Penerangan PBB Sarawak yang menggantikan pemegang sebelumnya iaitu Datuk Usop Sani. Selain itu, Haji Ibrahim bin Baki sebagai Timbalan Setiausaha Agung PBB manakala Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi pula sebagai Bendahari PBB.
Tahniah dan syabas diucapkan dan semoga terus memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk bangsa, agama dan negara.
No comments:
Post a Comment