JAUH sekali bukan gimik menjelang PRU ke-14 kerana hal ini sudahpun diperjuangkan sejak Sarawak dibawah mantan KM sebelumnya iaitu Allahyarham Pehin Sri Datuk Patinggi (Dr) Haji Adenan bin Satem lagi. Kemudian ianya diteruskan oleh KM Sarawak sekarang iaitu Datuk Patinggi (Dr) Haji Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg. Dan bukanlah sesuatu yang mudah dan sudah tentu mengambil masa yang lama untuk direalisasikan semula.
Akhirnya setelah pelbagai diskusi peringkat negeri dan persekutuan ditambahlagi keseriusan kedua belah pihak yang mendengar kehendak rakyat Sarawak, semalam KM Sarawak Abang Johari mengumumkan bahawa akan ada pengumuman penting di Kuching pada hari Selasa ini, 6 Mac 2018 iaitu berhubung dengan pengembalian hak-hak Sarawak daripada persekutuan dibawah Perjanjian Malaysia 1963.
Jadi sama-samalah kita nantikan pengumuman tersebut kerana sudah cukup lama kita menunggu dengan penuh harapan di dada.
No comments:
Post a Comment