Tuesday 20 March 2018

SEMPADAN MARITIM SARAWAK TETAP 12 BATU NAUTIKA


USAI sahaja penubuhan PETROS secara rasmi dan di waktu yang sama KM Abang Jo memperjelaskan autonomi Sarawak yang diperolehi kembali dari “diambil” pihak Persekutuan mengikut perkara 2c Senarai Negeri dan 8j Senarai Persekutuan pada 7hb Mac 2018 yang lepas sudah ada kedengaran suara-suara sumbang yang mempertikaikannya.  Lebih-lebih lagi apabila berbicara hak wilayah sempadan maritim Sarawak yang telah ditukar dari 12 batu nautika kepada 3 tiba batu nautika.
Semalam menyaksikan KM Abang Jo iaitu ketika merasmikan Dialog Perniagaan “Menghubungkan Komuniti Perniagaan Miri” anjuran Dewan Perniagaan Dan Industri Sarawak di Miri sekali lagi mengwar-warkan bahawa Sarawak pada hakikatnya masih lagi berkuasa ke atas sempadan wilayah maritimnya sehingga ke 12 batu nautika.  Ini kerana menurut beliau, walau Parlimen Malaysia pernah meminda wilayah maritim sebelum ini namun berdasarkan kepada undang-undang Sarawak sudah termaktub apa sahaja yang berkisar kepada Artikel 2, Senarai Negeri tidak boleh dipinda sewenang-wenangnya tanpa persetujuan DUN Sarawak.
Dalam ucapannya juga KM Abang Jo menyatakan bahawa apa yang dilakukan beliau adalah berdasarkan kepada undang-undang yang sedia ada dan beliau tidak akan mundur menyerah kalah kerana percaya beliau dan keseluruhan Kerajaan Negeri Sarawak berada di pihak yang benar di dalam memperjuangkan hak-hak Sarawak yang hilang.  

No comments:

Post a Comment