Saturday 29 February 2020

SOKONG TUN M PM KE-8 TIDAK BERMAKNA SERTAI PKR -DS RICHARD RIOT-


DUA hari ini kita didendangkan dengan perkhabaran bahawa Ahli Parlimen Serian iaitu Datuk Seri Richard Riot Jaem menyertai Parti Keadilan Rakyat seperti yang diwar-warkan oleh pemimpin PKR di dalam laman media sosial mereka.  Dan telah disahkan bahawa DS Richard masih setia bersama SUPP dan GPS serta beliau turut mengatakan tidak pernah terfikir untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat.

Menurut DS Richard, beliau mengaku bahawa beliau antara ahli Parlimen yang menyokong Tun M untuk menjadi PM ke-8 kerana tidak bersetuju dengan PAS yang ada di blok Tan Sri Muhyiddin Yassin.  

Pautan berita penuh:

DAP SARAWAK MERAYU GPS SOKONG PH!


BERAPA banyak sudah kata makian dan hamburan kesat belum lagi mencucuk rakyat Sarawak yang berbilang bangsa untuk berkelahi sesama sendiri itulah antara modus operandi DAP di Sarawak. Namun DEMI MEMPERTAHANKAN KUASA yang mungkin hilang bila-bila masa, Pengerusi DAP Sarawak yang sudah tentu mewakili team sekapalnya di Malaya iaitu YB Chong Chieng Jen hari ini sanggup tunduk dan memberikan konsesi kepada GPS ASALKAN GPS menyebelahi mereka.  

Setelah tinggal nyawa-nyawa ikan di dalam memastikan kekuasaan mereka di Parlimen Malaysia dengan beralasan untuk jangan sesekali GPS menyertai parti politik yang kleptrokrasi dan berfahaman agama ekstrem maka adalah wajar untuk GPS menurut Chong bersama PH.  

Pautan berita penuh:



Begitulah Chong yang sanggup menjilat ludah sendiri biarpun selama ke hari ini siapa tidak kenal dengan sikap dan aksi dia dan seluruh kumpulannya di Sarawak.  Usahlah cuba memutarbelit kenyataan “untuk negara” konon sedangkan dua tahun lebih memegang jawatan di Persekutuan, apa yang Chong dan kuartetnya lakukan untuk Sarawak terutama sekali mempertahankan hak-hak rakyat Sarawak selama ke hari ini! Yang Chong tahu MENGIPAS TUANNYA di Malaya!

We can forgive but CAN’T FORGET! Say No To DAP!

Friday 28 February 2020

TUN M vs MUHYIDDIN: GPS SOKONG SIAPA?


EPISOD kekalutan politik di Malaysia berterusan lagi hari ini apabila Pakatan Harapan mengeluarkan kenyataan media dengan membuat pusingan 360 darjah menyokong semula Tun M sebagai Perdana Menteri Malaysia.  Manakala di pihak Tun M pula menyatakan bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kemnya sudah terbelah dua iaitu ada yang menyokong Tun M dan pihak yang satu lagi menyokong Tan Sri Muhyiddin bagi mengemudi Muafakat Nasional dan Barisan Nasional.  

Sekarang dunia memfokuskan apakah pula keputusan dua wilayah Malaysia di Borneo iaitu Sabah dan Sarawak.  Warisan dan GPS yang mengemudi pemerintahan di kedua-dua wilayah ini mempunyai kata putus kerana mempunyai sembilan dan 18 kerusi di Parlimen Malaysia.  Sebelumnya Warisan dan GPS telah mengeluarkan kenyataan untuk menyokong Tun M sebagai Perdana Menteri Malaysia bagi menoktahkan kemelut politik di Malaysia atas nama negara Malaysia didahulukan.  Namun Tun M sendiri yang berdegil dengan pelbagai alasan ditambah tiada sokongan daripada Muafakat Nasional ternyata beliau sendiri tersepit di dalam permainannya sendiri seperti yang kita lihat sekarang.  

Menurut Ketua Penerangan PBB Sarawak iaitu Dato Idris Buang yang juga ADUN Muara Tuang, beliau mempunyai pendapat peribadi mengenai sokongan ke atas Tun Mahathir ataupun TS Muhyiddin.  Bagi beliau sesiapa sahaja calon Perdana Menteri yang bersama DAP di dalam kumpulannya sewajarnya JANGAN DISOKONG! Itulah prinsip yang seharusnya digunapakai oleh GPS kerana kita sendiri mengetahui bahawa Tun M dan Lim Guan Eng adalah antara individu politik yang tidak memberi kerjasama tatkala Sarawak memperjuangkan hak-haknya seperti Perjanjian Malaysia 1963, 5% cukai jualan produk Petroleum, Kanun Tanah Sarawak serta banyak lagi.  

Bagi Dato Idris mengapa perlu GPS membuang masa untuk menyokong mereka yang bertentangan dengan perjuangan dan kehendak rakyat Sarawak.  Lebih baik memilih TS Muhyiddin dan gabungannya yang nescaya lebih terbuka menerima perjuangan rakyat Sarawak dan GPS.  Sekaligus kemelut ini boleh dinoktahkan seberapa segera bagi menjadikan Negara Malaysia yang lebih stabil.  Pandangan dari Dato Idris turut mempunyai nada yang sama seperti yang dilontarkan oleh Tan Sri James Jemut Masing yang mana turut mengatakan GPS tidak akan menyokong mana-mana yang mempunyai DAP didalam gabungannya untuk memerintah Malaysia.  

Untuk makluman semua, setakat ini belum lagi ada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Patinggi Dr. Abang Abdul Rahman Zohari yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak mengenai kemanakah sokongan GPS disandarkan.  Difahamkan GPS akan hanya mengadakan mesyuarat mengenai hal ini pada petang esok, 1 Mac 2020.  

Wednesday 26 February 2020

PH TUMBANG DI JOHOR


TATKALA Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) keluar dari gabungan PH makanya sudah tentu memberi impak kepada banyak pemerintahan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.  Dan hari ini disahkan bahawa Johor BUKANLAH lagi merupakan Kerajaan Negeri Pakatan Harapan.  

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh Istana Johor 27 Februari 2020 menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Johor akan diperintah oleh gabungan yang baharu dan bukan lagi Pakatan Harapan.  

Setakat ini tidaklah diketahui gabungan baharu mana yang akan memerintah Kerajaan Negeri Johor tetapi berdasarkan jumlah kerusi yang paling majoriti sekarang adalah Barisan Nasional dan akan bertambah apabila PPBM menyertai kem mereka.  

Tuesday 25 February 2020

SOKONG TM: GPS MAHU KERAJAAN PERSEKUTUAN YANG STABIL


BERDASARKAN kepada kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Menteri pada hari ini 26 Februari 2020 menyatakan bahawa Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Patinggi Dr. Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg bahawa sebarang keputusan yang melibatkan sokongan Gabungan Parti Sarawak keatas Tun Mahathir Mohamed untuk terus menerajui Malaysia adalah berlandaskan kepentingan Sarawak diutamakan.  

Dengan sekarang Malaysia dihujani dengan pelbagai masalah baik dari segi ekonomi yang tidak ketentuan ditambahlagi terjerut dengan pademik Covid-19 maka adalah penting untuk Malaysia mempunyai satu kerajaan persekutuan yang stabil bagi menoktahkan setiap permasalahan yang ada.  Hanya dengan memiliki kerajaan persekutuan yang stabil baharulah Malaysia boleh terus maju ke hadapan.  

Biarpun keputusan telah dibuat dengan menyokong Tun Mahathir, GPS akan akur dan menyokong sepenuhnya sebarang keputusan yang dibuat oleh DYAM Agong mengikut Artikel 40(2) (a) dan (b), Artikel 43(2)(a) dan Artikel 55(2) Perlembagaan Persekutuan.  

Dari kenyataan daripada CMO itu cukup jelas membuktikan keputusan yang diambil adalah atas nama NEGARA MALAYSIA kerana kecelaruan politik Persekutuan turut memberi impak besar kepada Sarawak.

MISI KEDUA BAWA PULANG RAKYAT MALAYSIA DARI WUHAN BERJAYA


MISI kedua membawa pulang rakyat Malaysia dari Wuhan berjaya dilakukan dengan penerbangan Air Asia apabila kesemua mereka berjaya mendarat di KLIA kira-kira jam 1.45 pagi, 26 Februari 2020.  Penerbangan tersebut telah berjaya membawa pulang 66 orang rakyat Malaysia. Turut pulang bersama adalah sembilan wakil Kerajaan Malaysia serta dua kakitangan Pejabat Kedutaan Malaysia di Beijing.  Ada 12 orang anak kapal Air Asia yang bertugas di dalam misi kemanusiaan kali ini.  

Kesemua yang terlibat telah menjalani pemeriksaan saringan kesihatan di KLIA dan mana-mana yang mempunyai simptoms akan dirujuk ke Hospital Seremban manakala yang lain dikuarantin selama 14 hari di Nilai.

Pautan berita penuh:



Kredit gambar: BERNAMA 

MIC/MCA/UMNO/PAS MAHU PARLIMEN DIBUBARKAN


BIARPUN pada mulanya dikatakan blok pembangkang akan bersetuju untuk menyokong Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri yang baharu namun begitu disaat-saat akhir setelah mengadakan mesyuarat sebelum berangkat ke Istana Negara mengadap YDPA akhirnya blok pembangkang yang diwakili oleh MIC, MCA, PAS, UMNO dan PAS sepakat untuk tidak menyokong Tun M dan mahu PARLIMEN DIBUBARKAN bagi memberi semula kuasa kepada rakyat untuk memilih.  

Bagi mereka dengan keadaan semasa yang mana dikatakan akan ada satu KERAJAAN CAMPURAN dibentuk maka sudah tentu tiada “check and balance” di dalam kerajaan kelak.  Ditambahlagi wujudnya satu kerajaan campuran adalah bercanggah dengan prinsip parti mereka yang digunapakai selama ke hari ini.  

Menurut mereka lagi hal ini sudahpun disampaikan kepada YDPA dan mereka tidak mahu sama sekali adanya kuartet dari parti DAP yang boleh sahaja diangkat oleh Perdana Menteri Kerajaan Campuran kelak menjadi sebahagian daripada jemaah kabinet kerana PM yang berkuasa menentukannya.  

Pautan berita penuh:

GPS SOKONG TUN M TERAJUI NEGARA MALAYSIA


BERITA yang dinanti-nantikan akhir telah diwar-warkan iaitu pada pihak manakah Gabungan Parti Sarawak menyokong untuk menerajui kepimpinan negara setelah kemelut politik Malaysia yang menggemparkan kita semua beberapa hari ini.  

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Setiausaha GPS iaitu Datuk Alexandra Nanta Linggi, pendirian GPS adalah menyokong Tun Mahathir untuk terus menjadi Perdana Menteri Malaysia.  Kesemua ahli parlimen GPS bersama MKT GPS telah sebulat suara memberikan mandat kepada Ketua Menteri iaitu Datuk Patinggi Dr. Abang Abdul Rahman Zohari untuk menyampaikan pendirian GPS sewaktu mengadap YDPA di Istana Negara pada 23 Februari 2020 yang lepas.  

Pautan berita penuh:


DATUK ABANG ISKANDAR DILANTIK HAKIM BESAR SABAH & SARAWAK


HARI ini seorang lagi anak Sarawak iaitu Datuk Abang Iskandar Abang Hashim telah diperkenan oleh YDPA Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk dilantik sebagai Hakim Besar Sabah dan Sarawak bagi menggantikan Tan Sri David Wong Dak Wah yang bersara pada tanggal 20 Februari 2020.  

Datuk Abang Iskandar yang berusia 61 tahun adalah anak kelahiran Sibu, Sarawak dan memulakan kerjaya beliau di dalam bidang perundangan sejak di tahun 1983 di Mahkamah Majistret Miri.  Mempunyai banyak pengalaman sebagai hakim seperti Hakim Mahkamah Rayuan dan yang terakhir sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan.  

Pautan berita penuh:


Salam tahniah diucapkan kepada Datuk Abang Iskandar Abang Hashim. 

Monday 24 February 2020

YDPA BATAL LANTIKAN JEMAAH MENTERI


BERDASARKAN peruntukan yang tercatat di dalam Perkara 43(5) Perlembagaan Persekutuan, YDP Agong berkenan untuk membatalkan semua jawatan Menteri yang dilantik oleh Perdana Menteri berkuatkuasa 24 Februari 2020.     

GPS TIDAK PERLU MENYERTAI PARTI DARI MALAYA -DATO IDRIS BUANG-


SATU-SATUNYA parti politik yang belum lagi mengumumkan apa-apa mengenai kemelut politik yang berlaku di Malaysia sehingga ke hari ini adalah Gabungan Parti Sarawak.  Biar banyak spekulasi konon-konon GPS memihak untuk Tun M terus kekal menjadi Perdana Menteri memimpin negara Malaysia dan tidak kurang yang sumber yang mengatakan bahawa GPS berada di pihak kem PH namun sehingga ke hari ini ianya masih lagi umpama teraba-teraba di dalam terang.  Ramai teruja untuk mendengar keputusan GPS kerana sidang media yang dijadualkan berlaku esok hari, 25/2/2020 turut telah ditunda ke satu tarikh yang tidak dinyatakan.  Dikhabarkan hanya Ketua Menteri Sarawak yang mempunyai kata putus akan perkara itu.  

Mengulas isu itu dipihak manakah GPS berada, untuk Ketua Penerangan PBB iaitu Dato Idris Buang yang juga ADUN Muara Tuang menyatakan bagi beliau, GPS seharusnya kekal neutral yakni tidak seharusnya menyertai mana-mana gabungan parti politik Malaya sepertimana sewaktu bersama Barisan Nasional dahulu.  Sebaliknya biarlah GPS berdiri bebas dengan mempunyai kuasa sendiri di dalam mencorakkan halatuju politik di Sarawak dan terus memperjuangkan hak-hak rakyat seperti yang dilaungkan selama ke hari ini.  

Pautan berita penuh:


Untuk rekod, Gabungan Parti Sarawak mempunyai empat komponen parti tempatan yang menyertainya dan PBB merupakan yang paling dominan. Untuk suara rakyat di Parlimen Malaysia, GPS sahaja diwakili oleh 18 orang ahli parlimen.  

GPS “THE KING MAKER”?


DI mata Dato Seri Anwar (PKR), Lim Guan Eng (DAP) dan Mat Sabu (PAN) mungkin apa yang dilakukan oleh Tun Mahathir itu adalah seperti mengotakan janjinya untuk memberikan jawatan PM kepada DSAI! TETAPI pokok persoalannya sekarang adakah DSAI mempunyai cukup kerusi untuk memegang tampuk pemerintahan seterusnya? Dengan Azmin, Zuraida bersama-sama sembilan lagi ahli parlimen PKR telah menyatakan mereka keluar PKR berkemungkinan besar impian DSAI sekali lagi terpaksa ditunda kerana PH telah tiada kuasa majoriti.

Sekarang segalanya terletak di bahu Yang Dipertuan Agong yang mana mempunyai kuasa mengatasi segalanya bagi memastikan kestabilan ekonomi Malaysia akan terus berlaku. Perletakan jawatan Tun M mungkin adalah satu strategi ke arah itu daripada membenarkan beliau mengemukakan barisan kabinet yang baharu yang mungkin tidak boleh diterima oleh DSAI kerana sudah membelakangi beliau.

Buat masa sekarang, gabungan UMNO, PAS, Warisan, PPBM dan team Azmin berada di sebelah kanan manakala PH hanya tinggal PKR (tolak team Azmin), PAN dan DAP di sebelah kiri. Hanya GPS setakat ini yang masih belum mempunyai kata putus menyebelahi sesiapa dan segala jawapan hanya ada pada Datuk Patinggi Dr. Abang Abdul Rahman Zohari yang mana telah mendapat mandat sepenuhnya oleh ahli-ahli parlimen GPS untuk memberikan keputusan terulung berlandaskan hak-hak Sarawak menjadi tiang seri utamanya.

Admin difahamkan sidang media dari Ketua Menteri Sarawak akan diadakan pada esok hari 25 Februari 2020 di Kuching, Sarawak. Mungkin hanya pada esok hari kita akan mendapat jawapan samada akan ada pertukaran kerajaan yang baharu ataupun bubar parlimen. Tungguuuuuuu…

Gunung gading puncak mahligai
Masak ketupat berisi inti
Hancur daging tulang berkecai
Belum dapat belum berhenti

Sunday 23 February 2020

TUN M LETAK JAWATAN!


MELALUI kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri mengesahkan bahawasanya Tun Mahathir Mohamed sudahpun menghantar surat perletakan jawatannya ke YDP hari ini.

BERSATU KELUAR PAKATAN HARAPAN


MELALUI status di laman facebook Tan Sri Datuk Muhyiddin bin Mohd Yassin mengesahkan bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) KELUAR dari gabungan Pakatan Harapan hari ini. Turut dimaklumkan bahawa kesemua Ahli Dewan Rakyat Bersatu turut keluar dari PH dan telah menandatangani SD bagi menyokong kepimpinan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia.  

Pautan berita penuh:


AHLI PARLIMEN PANDAI SIMPAN RAHSIA


SEMALAMAN menunggu sidang media yang hendak dilangsungkan namun begitu baik pihak media mahupun rakyat terus dihamparkan dengan persoalan demi persoalan tanpa jawapan yang pasti. Malam ini juga ada satu “mesyuarat” yang berlangsung di Hotel Sheraton, Petaling Jaya yang tidak kurang hebat kerana ramai politikus dari pelbagai parti menghadirinya.  

Kesudahannya tetap kosong kerana kesemua 131 ahli parlimen yang hadir begitu pandai menyimpan rahsia.  

Pautan berita penuh:


Kita tunggu episod seterusnya esok. 

KERAJAAN MALAYSIA YANG BAHARU ATAU BUBAR PARLIMEN?


HARI AHAD biasanya hari santai-santai untuk kita semua tetapi tidak pada hari ini kerana bertiup kencang di sosmed mahupun dada-dada akhbar tempatan mengenai adanya mesyuarat tergempar yang diadakan oleh parti-parti politik yang ada di Malaysia berlaku di ibunegara iaitu Kuala Lumpur.  Malah Gabungan Parti Sarawak pun tidak kurang dengan aksinya kerana kehadiran Ketua Menteri Sarawak yang membuat mesyuarat bersama 18 ahli parlimen GPS di Sarawak turut menjadi tumpuan.  Setakat ini tidak diketahui apakah yang berlaku sebenarnya kerana masih tiada sebarang kenyataan akhbar atau ulasan daripada ahli-ahli politik Malaysia mengenainya.  

Dan baru sebentar tadi, segala lensa para wartawan media tertumpu di Istana Negara yang mana menurut ulasan mereka mengatakan kenderaan para VVIP mula memasuki tempat bersemayam DYAM Yang Dipertuan Agong Malaysia.  Kita almaklum walau apa jua yang berlaku haruslah mendapat perkenan daripada Agong kita.  

Pautan berita penuh:


Sementara kita menantikan jawapan yang pasti maka teruslah berteka-teki samada benarkan bahawa Malaysia akan mempunyai kerajaan yang baharu menggantikan kerajaan yang sedia ada dan mungkin juga rakyat Malaysia akan perlu membiasakan diri untuk memangkah X pada yang benar-benar layak lagi iaitu Pilihanraya Umum ke-15.  

Saturday 22 February 2020

SARAWAK BAIKPULIH 56 SEKOLAH DAIF DI UTARA DENGAN BIAYA SENDIRI


JIKA diikutkan ianya adalah fungsi Kerajaan Persekutuan kerana pendidikan itu dibawah kuasa mereka namun begitu Kerajaan Sarawak dibawah Gabungan Parti Sarawak tidak terus diam tatkala walau ada cerita disebalik pembayaran RM1 Bilion kontra yang menjadi persoalan sekarang kerana 56 buah sekolah yang terletak di bahagian utara Sarawak akan dibaikpulih dengan menggunakan dana Kerajaan Sarawak sendiri.  Hal ini diwar-warkan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari di pelancaran GPS Zon 15A di Lawas hari ini.  

Menurut beliau, kesemua baikpulih sekolah daif di bahagian utara Sarawak akan diuruskan oleh Northern Region Development Agency (NRDA) yang mana melibatkan peruntukan sebanyak RM1.5 bilion. Tender-tender akan mula dikeluarkan tidak lama lagi bagi memastikan anak-anak di bahagian utara Sarawak mampu belajar di dalam suasana yang lebih kondusif.  

Pautan berita penuh:

2 KES BAHARU DISYAKI COVID-19 DI SARAWAK (22/2/2020)


SEKRETARIAT Pengurusan Bencana Negeri Sarawak hari ini mengumumkan ada dua lagi kes baharu disyaki Covid-19 di Sarawak.  Kes tersebut masing-masing satu di Hospital Umum Sarawak dan Hospital Miri yang melibatkan rakyat Malaysia.   Dari 10 Januari hingga 22 Februari 2020, Sarawak mencatatkan kumulatif 109 kes yang disyaki yang mana 99 kes disahkan negatif manakala 10 kes lagi masih menunggu keputusan ujian makmal darah.  Dari 10 kes tersebut sembilan adalah rakyat Malaysia dan satu kes melibatkan seorang warganegara China yang sekarang di wad isolasi Hospital Bintulu.  

Pautan berita penuh:


Friday 21 February 2020

TIADA LAGI IKON PANTAI TUSAN “KUDA SEDANG MINUM”


DUNIA netizen seluruh Malaysia hari ini digemparkan dengan berita runtuhnya salah satu ikon Pantai Tusan di Miri iaitu yang digelar “Kuda sedang minum”.  Dek kerana adanya batuan unik inilah nama Pantai Tusan terkenal seantero Malaysia sehingga ada pelancong yang akan ke pantai tersebut semata-mata ingin melihatnya.  Namun apakan daya sudah kehendak alam ditambahlagi dengan ianya terdiri daripada batuan yang rapuh dan terdedah langsung ianya lenyap dari pandangan kita semua.  

Keindahan Pantai Tusan sememangnya mampu membuat pencinta alam jatuh cinta pandang pertama dan sekarang yang tinggal mungkin tatkala fenomena “blue algae” menjengah Tusan kelak.  

Mungkin disebalik keruntuhan batuan “Kuda sedang minum”, Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak boleh mencadangkan untuk membina tugu tersebut daripada binaan yang lebih kukuh di tempat yang sama dengan mencatitkan sejarah ikon tersebut.  Sudah tentu ianya akan terus dikenang dan menjadi satu lagi tarikan pelancong ke Pantai Tusan.  


Kredit gambar: I Love Sarawak 

68 KAKITANGAN LBU AKAN DISERAPKAN KE KEMENTERIAN INFRASTRUKTUR DAN PEMBANGUNAN PELABUHAN SARAWAK


SELEPAS pembatalan PDP Lebuhraya Pan Borneo oleh Kerajaan Persekutuan menyaksikan hampir 500 kakitangannya yang rata-ratanya anak Sarawak kehilangan kerja.  Sesuatu yang sememangnya amat menyedihkan kerana mereka merupakan anak-anak Sarawak yang mempunyai kemahiran yang tinggi dan cukup berpengalaman di dalam urusan pembinaan.  Ada antara mereka sanggup melepaskan gaji yang tinggi di luar Sarawak semata-mata untuk kembali berbakti menabur khidmat mereka untuk ibu pertiwi.  

Namun begitu mungkin ada sirna untuk bekas kakitangan LBU kerana menurut Tan Sri Datuk James Jemut Masing, kementeriannya iaitu Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak akan menyerapkan 68 daripada bekas kakitangan LBU untuk berkhidmat dengan mereka.  Dengan JKR Sarawak akan menguruskan Projek Lebuhraya Pan Borneo sendiri maka segala kepakaran 68 orang bekas kakitangan LBU amatkan dituntut.  

Untuk tujuan itu, satu kertas kerja telah dibuat oleh Kementeriannya yang akan dihantar ke mesyuarat Kabinet Sarawak bulan depan.  

Pautan berita penuh:


Biarpun bukan semua yang mampu diserapkan tetapi sekurang-kurangnya masih ada peluang untuk ramai anak Sarawak bekas kakitangan LBU yang berjaya meneruskan pekerjaan mereka.  Dengan keadaan sekarang yang mana banyak faktor ketidaktentuan menyaksikan bukanlah mudah untuk mencari satu pekerjaan.  

TIGA KENYATAAN BERLAINAN, KEJUJURAN PUTRAJAYA WAJAR DIPERSOALKAN!


TATKALA Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Patinggi Dr. Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg mengatakan bahawa pembayaran kontra sebanyak RM700 juta untuk membaikpulih sekolah-sekolah daif di Sarawak telah dibayar kepada Putrajaya namun begitu tiada satupun sekolah yang dibaikpulih menggunakan peruntukan tersebut setakat ini sememangnya sesuatu yang amat mengecewakan kita semua.  Sebagai rakyat Sarawak sudah tentu kita menuntut mengapa hal ini harus terjadi kerana yang menjadi mangsa adalah generasi pelajar anak Sarawak yang masih lagi terkapai-kapai belajar di dalam situasi yang tidak menyenangkan.  

Dalam pada itu kita turut mendengar bagaimana reaksi Pengerusi DAP Sarawak iaitu YB Chong Chieng Jen yang seperti biasa akan cuba memutarbelit fakta demi untuk menyelamatkan “tuannya” di Malaya.  Di dalam kenyataannya dua hari yang lepas, Chong menyelar kenyataan KM Abang Jo dengan mengatakan bahawa kerja-kerja untuk membaikpulih sekolah daif sudahpun bermula.  


Hakikatnya apa yang cuba dimomokkan oleh YB Chong itu berlawanan dengan kenyataan daripada Lim Guan Eng iaitu bos sekapal dengannya di Persekutuan.  Ini kerana LGE sendiri mengaku bahawa tiada kerja-kerja baikpulih sekolah-sekolah daif dilakukan dengan menggunakan pembayaran kontra RM1 bilion yang dibayar oleh Sarawak.  

Antara alasan yang digunapakai oleh LGE bahawa kerja-kerja tidak dapat dilakukan adalah kerana Kementerian Pendidikan Sarawak yang mahukan sesetengah sekolah daif ini digabungkan menjadi satu sekolah sahaja.  

Pautan berita seperti berikut:

https://www.theborneopost.com/2020/02/20/sarawaks-centralised-school-idea-held-up-dilapidated-schools-repair-says-guan-eng/
Dan berbicara soal penggabungan sekolah daif itu juga turut mendapat respons Menteri Kerjaraya iaitu YB Baru Bian yang bertegas mengatakan bahawa penggabungan sekolah bukanlah alasan untuk tidak membaikpulih sekolah-sekolah daif di Sarawak.  Beliau sendiri mahukan ia dilaksana seberapa segera yang boleh kerana beliau mengetahui jerih-perih anak-anak Sarawak yang belajar di sekolah daif di Sarawak.  

Pautan berita penuh seperti berikut:


Chong dengan kenyataan lebih sudu dari kuah telah dibidas oleh Menteri Pendidikan Sarawak iaitu DS Michael Manyin yang mempersoalkan fakta yang diberikan oleh beliau yang sememangnya hanya “cakap murahan” Chong seperti biasa.  Padahal itu bukan bidang kuasa kementerian yang diwakili oleh Chong Chieng Jen sebagai Timbalan Menteri KPDNKK.  Fakta beliau langsung TIDAK SAMA dengan apa yang diperkatakan oleh LGE.  Manakala kenyataan LGE yang memberikan alasan yang tidak masuk dek akal iaitu kelewatan kerana masih belum ada kata putus mengenai penggabungan sekolah sememangnya bercanggah sama sekali dengan apa yang dilontarkan oleh Menteri Kerjaraya YB Baru Bian yang mana kementeriannya yang bertanggungjawab atas isu ini secara langsung.  

Mengapa terlalu banyak kenyataan yang bercanggah biarpun dari kapal yang sama? YB Chong sudah-sudahlah menjadi “superman” menjadi “menteri penauk” dengan hampir kesemuanya dia hendak masuk campur.  YB Baru Bian sudah tentu almaklum akan keadaan sekolah daif di Sarawak dan seharusnya beliau memperjuangkan itu sebagai misinya bukannya sudah diketuk baharulah ada bunyi.  

Sekarang kejujuran Putrajaya yang dipersoalkan samada mahu atau tidak membaikpulih sekolah-sekolah daif di Sarawak.  RM700 juta pembayaran kontra sudah dibayar dan itu hak rakyat Sarawak.  Jangan sesekali menggunakannya untuk tujuan yang lain kerana itu pembayaran “in advance”.  Setuju dengan kenyataan daripada Datuk Seri Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar beberapa hari yang lepas yakni beliau berkata andai Putrajaya tidak mampu, KEMBALIKAN DUIT TERSEBUT DAN BENARKAN SARAWAK MENGURUSKANNYA SENDIRI walaupun Pendidikan itu adalah bidang kuasa Persekutuan.  

Hendak seribu daya, kalau tidak hendak seribu dalih! 

Thursday 20 February 2020

TARIKH SIAP PAN BORNEO DITUNDA KE JUN 2022


JIKA diikutkan perancangan dahulu, tarikh Lebuhraya Pan Borneo (jajaran Sarawak) akan siap pada tahun 2021 yakni tahun hadapan.  Namun dek kerana pembatalan PDP makanya rakyat Sarawak terpaksa menunggu lagi yakni sehingga Jun 2022.  Ini yang diwar-warkan oleh Menteri Kerjaraya Malaysia, YB Baru Bian.  

Pautan berita penuh:

MISI KEDUA BAWA PULANG RAKYAT MALAYSIA DARI WUHAN 25/2/2020


TANGGAL 4 Februari yang lalu menyaksikan satu penerbangan misi khas telah berjaya membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas di Wuhan.  Dan mereka kemudiannya telah dikuarantinkan selama 14 hari di Nilai, Negeri Sembilan sebelum dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pada 18 Februari yang lalu.  Dan hari ini Menteri Luar Malaysia iaitu Datuk Saifuddin Abdullah mengwar-warkan kumpulan kedua rakyat Malaysia akan dibawa pulang dari Wuhan pada hari Selasa depan, 25 Februari 2020.  

Setakat ini tidaklah diketahui lagi berapakah jumlah yang dibawa pulang dan adakah adakah Air Asia akan turut serta atau sebaliknya. Untuk rekod sejumlah 77,000 rakyat Malaysia berkelana di Negara China sejak pademik Covid-19 mula menyerang China.  

Pautan berita penuh:


Sama-samalah kita berdoa agar segala urusan kepulangan mereka dipermudahkan.  



Kredit gambar: Persiapan krew AA di dalam misi khas pada 4/2/2020 (Vocket)