Sunday 23 February 2020

KERAJAAN MALAYSIA YANG BAHARU ATAU BUBAR PARLIMEN?


HARI AHAD biasanya hari santai-santai untuk kita semua tetapi tidak pada hari ini kerana bertiup kencang di sosmed mahupun dada-dada akhbar tempatan mengenai adanya mesyuarat tergempar yang diadakan oleh parti-parti politik yang ada di Malaysia berlaku di ibunegara iaitu Kuala Lumpur.  Malah Gabungan Parti Sarawak pun tidak kurang dengan aksinya kerana kehadiran Ketua Menteri Sarawak yang membuat mesyuarat bersama 18 ahli parlimen GPS di Sarawak turut menjadi tumpuan.  Setakat ini tidak diketahui apakah yang berlaku sebenarnya kerana masih tiada sebarang kenyataan akhbar atau ulasan daripada ahli-ahli politik Malaysia mengenainya.  

Dan baru sebentar tadi, segala lensa para wartawan media tertumpu di Istana Negara yang mana menurut ulasan mereka mengatakan kenderaan para VVIP mula memasuki tempat bersemayam DYAM Yang Dipertuan Agong Malaysia.  Kita almaklum walau apa jua yang berlaku haruslah mendapat perkenan daripada Agong kita.  

Pautan berita penuh:


Sementara kita menantikan jawapan yang pasti maka teruslah berteka-teki samada benarkan bahawa Malaysia akan mempunyai kerajaan yang baharu menggantikan kerajaan yang sedia ada dan mungkin juga rakyat Malaysia akan perlu membiasakan diri untuk memangkah X pada yang benar-benar layak lagi iaitu Pilihanraya Umum ke-15.  

No comments:

Post a Comment