SEPANDAI-PANDAI tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua itulah kata bidalan yang dilontarkan oleh YB Datuk Seri Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak yang juga ADUN Dalat. Menurut beliau apa yang cuba dilakukan oleh mantan ADUN Pujut yang hilang kelayakan ADUN baru-baru ini menjadi titik permulaan bagaimana seseorang individu itu cuba menyembunyikan kerakyatannya hanya kerana untuk bertanding biarpun hakikatnya dia adalah anak tempatan tetapi telah menukar kerakyatannya kepada negara lain sebelum kembali semula ke Sarawak.
Mengulas isu cadangan Ketua Penerangan PBB iaitu Dato Idris Buang yang telah mengesyorkan untuk pada sidang DUN akan datang akan ada pindaan dibuat ke atas Perkara 16 Perlembagaan Sarawak, bagi DS Fatimah ianya adalah munasabah dan perlu dilihat sebaik mungkin. Ini kerana menurut beliau berdasarkan trend politik masa semasa, pindaan itu kelak akan dapat melindungi negeri Sarawak dari pengaruh negatif luar.
Tambah beliau biarpun tiada isu mengenai pemilihan calon ADUN sejak dari dahulu lagi kerana sememangnya sudah menjadi keutamaan untuk Sarawak meletakkan calon anak Sarawak yang berasal dari kawasan yang bakal diwakili mereka dalam pada itu perlu ada terma yang mengkhusus untuk makna pemastautin agar ianya tidak semudah itu diputarbelit oleh sesetengah pihak atas nama survival politik.
Pautan berita penuh:
Berdasarkan kepada dua kenyataan silih berganti daripada dua ADUN Sarawak dalam beberapa hari ini jika difikirkan sememangnya apa yang dicadangkan itu sebenarnya satu keperluan untuk Sarawak itu sendiri. Mana mungkin kita membenarkan mereka yang bukan benar-benar berhati Sarawak untuk menjadi suara anak Sarawak di dalam DUN. Selain itu ada bezanya menukar kerakyatan dengan taraf pemastautin tetap.
Biarlah tinggal beribu batu dari tanah kelahiran atas nama mencari rezeki tetapi tidak begitu mudah seseorang itu untuk menukar kerakyatan kerana rasa cinta dan semangat keMalaysian itu penting jika benar-benar berjiwa patriotik telahan lagi jika seseorang itu hendak menjadi seorang pemimpin. Jangan kita pernah biarkan pisang berbuah dua kali. Bila-bila masa sahaja akan ada yang mengambil kesempatan atas terma yang longgar.
#IAMSARAWAKIAN
#SARAWAKKUSAYANG
#SARAWAKFIRST
No comments:
Post a Comment