Sunday, 2 February 2020

SARAWAK BAWA PULANG RANGKA MANUSIA PURBA GUA NIAH DARI AMERIKA


SEKITAR tahun 1950an, penemuan arkeologi Kurator Muzium Sarawak yang pertama iaitu Tom Harrisan di Gua Niah telah menemui lebih kurang 200 rangka manusia purba dan sejumlah 122 daripadanya telah dihantar ke Universiti Nevada Amerika Syarikat untuk dibuat pengkajian yang lebih mendalam.  Ini kerana pada masa itu Sarawak masih belum mempunyai kapasiti untuk melakukan kajian arkeologi.  Sejak daripada itulah dari Universiti Nevada ianya turut telah berpindah tangan iaitu ke Universiti Florida dan seterusnya ia kekal di universiti tersebut walaupun pengkajian sudah disiapkan.  

Setelah lebih sedekad jauh dari tanah asal akhirnya rangka-rangka manusia purba Gua Niah akan “pulai menoa” pada Februari atau Mac 2020 ini.  Dengan Sarawak sekarang sedang di dalam proses menyiapkan galeri untuk Kompleks Muzium Kampus iaitu yang terbesar di Malaysia menjadikan dengan kuasa yang ada memandangkan rangka purba itu dicatitkan sebagai “HANYA DIPINJAMKAN” kepada pihak universiti di Amerika Syarikat maka pihak Kerajaan Sarawak telah meminta ianya dipulangkan lantas akan dipamerkan di kompleks muzium itu kelak.

Difahamkan Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak yakni Datuk Abdul Karim Hamzah sendiri akan mengetuai rombongan dari Sarawak ke Amerika Syarikat untuk menyaksikan sendiri proses penghantarannya pulang ke Sarawak.  

Pautan berita penuh:


Ini merupakan satu kejayaan besar buat Sarawak kerana berupaya membawa pulang “harta tidak ternilai” Sarawak yang begitu lama hilang dari pandangan kita semua.  Dahulu kita kekurangan kapasiti untuk melakukan kajian tetapi sekarang Sarawak tidak kurang dengan pengkajian mengenai arkeologi yang dilakukan graduan-graduan dan pakar arkeologi tempatan.  Tidak dinafikan masih banyak lagi yang berada di luar negara dan diharap ada banyak lagi usaha membawa ia kembali ke tempat asalnya.  

Ehsan gambar: The Star

No comments:

Post a Comment