HARI pertama pendengaran kes Sarawak Vs Petronas yang bermula dari tanggal 3-5 Februari sudahpun selesai. Semalam menyaksikan ramai ahli politik Sarawak tanpa mengira parti baik pembangkang mahupun pemerintah memenuhi setiap ruang yang ada di Mahkamah Tinggi Kuching bersama-sama dengan rakyat Sarawak bagi menyokong usaha Kerajaan Sarawak.
Berdasarkan kepada perbicaraan semalam menyaksikan Peguam Petronas mendakwa bahawa cukai jualan produk petroleum (SST) yang dikenakan oleh Sarawak ke atas Petronas akan menyebabkan Petronas harus membayar cukai dua kali. Ini kerana Petronas sudahpun membayar royalti minyak sebanyak 5% kepada Sarawak. Petronas juga mempersoalkan Ordinan Cukai Jualan 1998 yang kemudiannya dibuat pindaan pada tahun 2018 adalah bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia. Menurut Petronas mereka merupakan perbadanan Kerajaan Malaysia yang ditubuhkan melalui Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan bukanlah pembayar cukai.
Perbicaraan bersambung hari ini, 4 Februari 2020.
Pautan berita penuh:
No comments:
Post a Comment