Monday, 24 February 2020

GPS “THE KING MAKER”?


DI mata Dato Seri Anwar (PKR), Lim Guan Eng (DAP) dan Mat Sabu (PAN) mungkin apa yang dilakukan oleh Tun Mahathir itu adalah seperti mengotakan janjinya untuk memberikan jawatan PM kepada DSAI! TETAPI pokok persoalannya sekarang adakah DSAI mempunyai cukup kerusi untuk memegang tampuk pemerintahan seterusnya? Dengan Azmin, Zuraida bersama-sama sembilan lagi ahli parlimen PKR telah menyatakan mereka keluar PKR berkemungkinan besar impian DSAI sekali lagi terpaksa ditunda kerana PH telah tiada kuasa majoriti.

Sekarang segalanya terletak di bahu Yang Dipertuan Agong yang mana mempunyai kuasa mengatasi segalanya bagi memastikan kestabilan ekonomi Malaysia akan terus berlaku. Perletakan jawatan Tun M mungkin adalah satu strategi ke arah itu daripada membenarkan beliau mengemukakan barisan kabinet yang baharu yang mungkin tidak boleh diterima oleh DSAI kerana sudah membelakangi beliau.

Buat masa sekarang, gabungan UMNO, PAS, Warisan, PPBM dan team Azmin berada di sebelah kanan manakala PH hanya tinggal PKR (tolak team Azmin), PAN dan DAP di sebelah kiri. Hanya GPS setakat ini yang masih belum mempunyai kata putus menyebelahi sesiapa dan segala jawapan hanya ada pada Datuk Patinggi Dr. Abang Abdul Rahman Zohari yang mana telah mendapat mandat sepenuhnya oleh ahli-ahli parlimen GPS untuk memberikan keputusan terulung berlandaskan hak-hak Sarawak menjadi tiang seri utamanya.

Admin difahamkan sidang media dari Ketua Menteri Sarawak akan diadakan pada esok hari 25 Februari 2020 di Kuching, Sarawak. Mungkin hanya pada esok hari kita akan mendapat jawapan samada akan ada pertukaran kerajaan yang baharu ataupun bubar parlimen. Tungguuuuuuu…

Gunung gading puncak mahligai
Masak ketupat berisi inti
Hancur daging tulang berkecai
Belum dapat belum berhenti

No comments:

Post a Comment