Monday 10 February 2020

SARAWAK MAHU TAHU BAGAIMANA PUTRAJAYA TENTUKAN JUMLAH PEMBERIAN GERAN KHAS KEPADA SARAWAK


PADA pembentangan Belanjawan 2020 Oktober lepas, Putrajaya ada mengumumkan bahawa pemberian geran khas untuk Sarawak dan Sabah akan dinaikkan iaitu kepada Sarawak sebanyak RM32 juta manakala Sabah pula akan mendapat RM53.4 juta dan kesemua ini akan dinaikkan sekali lagi dalam masa lima tahun akan datang iaitu RM64 juta untuk Sarawak dan Sabah RM106.8 juta. Hal ini terkandung di dalam terma artikel 112(d) Perlembagaan Persekutuan yang mana memperuntukkan Kerajaan Pusat memberikan geran kas kepada dua wilayah Borneo di dalam Malaysia iaitu Sabah dan Sarawak.  

Walau bagaimanapun yang menjadi pokok persoalan, pemberian geran khas ini sehingga sekarang masih lagi tidak berasaskan mana-mana formula dan ianya menjadi sesuatu yang agak mengelirukan.  Untuk itu Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg telah membawa hal tersebut untuk dibincangkan di mesyuarat Jawatankuasa MA63.  

Tambah KM Abang Jo lagi, seharusnya ada satu bentuk pengiraan mengkhusus bagaimana Sarawak dan Sabah mendapat jumlah yang disebutkan kerana pihak Persekutuan yang menerima segala bentuk cukai yang dikenakan di Sarawak seperti cukai pendapatan, cukai kenderaan, cukai korporat malahan turut membabitkan duti stamp.  Sarawak akan menerima dahulu pemberian geran tersebut namun begitu akan terus menuntut Putrajaya untuk memberikan formula yang sahih bagaimanakah pengiraan jumlah yang diberikan.  

Pautan berita penuh:

https://www.theborneopost.com/2020/02/08/sarawak-wants-putrajaya-to-come-up-with-formula-for-giving-special-grants-to-state/

Usaha yang ditunjukkan oleh Pakatan Harapan untuk menaikkan pemberian geran khas itu sememangnya kita sambut baik. Ini kerana kita almaklum sejak ditahun 1969, ianya tidak pernah disemak semula iaitu sehinggalah ke tahun 2019 Sarawak hanya menerima RM16 juta dan Sabah RM26.7 juta saban tahun. Asas pengiraan yang kekal dan sahih harus ditunjukkan kepada Sarawak mahupun Sabah kerana sekarang ini kita bukan hanya terima bulat-bulat tanpa mengetahui bagaimana hanya setakat itu sahaja jumlah yang diberikan.  

Katalah pada masa hadapan, pihak Kerajaan Persekutuan sudah bertukar tangan mungkin jumlah pemberian geran itu boleh sahaja dikurangkan kerana ianya berlaku atas budi bicara Persekutuan sahaja. Harus ada hitam dan putih daripada Persekutuan biar terang semuanya untuk Sarawak mahupun Sabah.  

No comments:

Post a Comment