DUNIA netizen seluruh Malaysia hari ini digemparkan dengan berita runtuhnya salah satu ikon Pantai Tusan di Miri iaitu yang digelar “Kuda sedang minum”. Dek kerana adanya batuan unik inilah nama Pantai Tusan terkenal seantero Malaysia sehingga ada pelancong yang akan ke pantai tersebut semata-mata ingin melihatnya. Namun apakan daya sudah kehendak alam ditambahlagi dengan ianya terdiri daripada batuan yang rapuh dan terdedah langsung ianya lenyap dari pandangan kita semua.
Keindahan Pantai Tusan sememangnya mampu membuat pencinta alam jatuh cinta pandang pertama dan sekarang yang tinggal mungkin tatkala fenomena “blue algae” menjengah Tusan kelak.
Mungkin disebalik keruntuhan batuan “Kuda sedang minum”, Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak boleh mencadangkan untuk membina tugu tersebut daripada binaan yang lebih kukuh di tempat yang sama dengan mencatitkan sejarah ikon tersebut. Sudah tentu ianya akan terus dikenang dan menjadi satu lagi tarikan pelancong ke Pantai Tusan.
Kredit gambar: I Love Sarawak
No comments:
Post a Comment