MISI kedua membawa pulang rakyat Malaysia dari Wuhan berjaya dilakukan dengan penerbangan Air Asia apabila kesemua mereka berjaya mendarat di KLIA kira-kira jam 1.45 pagi, 26 Februari 2020. Penerbangan tersebut telah berjaya membawa pulang 66 orang rakyat Malaysia. Turut pulang bersama adalah sembilan wakil Kerajaan Malaysia serta dua kakitangan Pejabat Kedutaan Malaysia di Beijing. Ada 12 orang anak kapal Air Asia yang bertugas di dalam misi kemanusiaan kali ini.
Kesemua yang terlibat telah menjalani pemeriksaan saringan kesihatan di KLIA dan mana-mana yang mempunyai simptoms akan dirujuk ke Hospital Seremban manakala yang lain dikuarantin selama 14 hari di Nilai.
Pautan berita penuh:
Kredit gambar: BERNAMA
No comments:
Post a Comment