Tuesday, 18 February 2020

PINDA PERKARA 16 PERLEMBAGAAN SARAWAK, HANYA WARGA SARAWAK LAYAK MENJADI CALON ADUN


BERIKUTAN kes mantan ADUN Pujut yang dilucutkan kelayakannya menjadi ADUN kerana mempunyai dua kewarganegaraan baru-baru ini terus menjadi bualan rakyat Sarawak.  Ada pelbagai komen yang dilontarkan oleh netizen dengan bermacam-macam pendapat yang mempersoalkan kewajaran membenarkan “orang asing” menjadi wakil rakyat di Sarawak.  Dan tidak kurang juga yang agak terbuka menginginkan agar siapa sahaja tidak kura “orang luar” sekalipun berhak untuk bertanding menjadi calon ADUN di pilihanraya negeri Sarawak.   

Mengulas isu itu, Dato Idris Buang yakni Ketua Penerangan PBB yang juga ADUN Muara Tuang mempunyai pandangan yang berbeza.  Menurut beliau apa yang terkandung di dalam Perkara 16 Perlembagaan Sarawak wajar dipinda kerana ianya tidak mengikut gaya politik Sarawak sekarang.  

Tambah beliau makna “pemastautin” yang dirujuk di dalam Perkara 16 Perlembagaan Sarawak itu terlalu longgar kerana tidak menyatakan dengan mengkhusus tempohmasa seseorang itu dibenarkan untuk bertanding.  Perkara 16 Perlembagaan Sarawak menyatakan “"Setiap warganegara berusia atau lebih 21 tahun pemastautin di Negeri adalah layak untuk dipilih sebagai ahli Dewan Undangan Negeri, melainkan jika dia dibatalkan kelayakan menjadi ahli oleh Perlembagaan Persekutuan atau Perlembagaan ini atau oleh mana-mana undang-undang seperti yang disebut dalam Perkara 17."

Dek kerana itulah beliau mengesyorkan agar pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak yang akan datang ada satu pindaaan rang undang-undang bagi memperjelaskan dengan lebih mendalam maksud “pemastautin” yang dibenarkan untuk bertanding sebagai calon ADUN.  Bagi Dato Idris Buang ini perlu kerana kita tidak mahu adanya fahaman politik yang melampau dibawa masuk ke Sarawak dan tidak sesekali bukan bermakna gentar untuk menghadapi sesiapa sebaliknya hanya yang betul-betul anak Sarawak sahaja layak mewakili suara rakyat Sarawak.

Pautan berita penuh:

No comments:

Post a Comment