PERBICARAAN isu tuntutan pembayaran cukai SST ke atas produk petroleum dan gas yang membabitkan Sarawak dan Petronas sudahpun berakhir pada tanggal 3 hingga 4 Februari yang lepas. Dalam pada itu pihak Pesuruhjaya Penghakiman turut menetapkan keputusan akan didengar pada tanggal 13 Mac ini di Mahkamah Tinggi Kuching.
Dalam pada itu seperti yang kita ketahui, Petronas akan menggunakan apa jua cara untuk melengah-lengahkan masa dan semalam menyaksikan permohonan mereka untuk menunda tarikh perbicaraan yang ditetapkan iaitu 13 Mac 2020 ke satu tarikh yang lain TELAH GAGAL apabila Pesuruhjaya Penghakiman MENOLAK permohonan Petronas. Difahamkan Pesuruhjaya Penghakiman menyatakan tiada sebab yang munasabah untuk menunda tarikh itu telahan lagi Petronas tidak memberikan sebab-sebab yang kukuh bagi menyokong permohonan mereka.
Pautan berita penuh:
Kata bidalan lama, membujur lalu melintang patah. Kerajaan Sarawak dengan disokong oleh rakyatnya akan terus memperjuangkan hak mereka. Lawan tetap Lawan! Jumpa lagi di mahkamah 13 Mac ini, PETRONAS!
No comments:
Post a Comment