Wednesday, 12 February 2020

PETROS AMBILALIH 100% INDUSTRI GAS DOMESTIK DARI PETRONAS DI SARAWAK


SEJARAH tercipta hari ini apabila buat julung-julung kali, Kerajaan Sarawak melalui Petros telah mengambilalih semua fungsi perniagaan gas di Sarawak yang selama ini didominasi oleh Petronas. Petros telah diberikan hak untuk mengawal serta menguruskan aktiviti pembekalan, penjualan dan pengagihan gas domestik di dalam Sarawak berkuatkuasa 1 Januari 2020.  

Satu memorandum persefahaman telah dimeterai antara Petronas dan Petros hari ini bagi mensahihkan penglibatan secara langsung Petros di dalam urusan gas domestik.  

Pautan berita penuh:


Satu kejayaan bagi rakyat Sarawak amnya kerana selama ke hari ini sememangnya kita mahukan Sarawak sendiri yang menguruskan hasil maksumnya.  Kita berdikit-dikit dahulu dengan industri gas sebagai langkah pertama.  Tidak mustahil Petros suatu hari nanti boleh menguruskan kesemua minyak dan gas Sarawak daripada kita hanya melihat “oranglain” yang terus makan isi dan kita hanya dibiarkan terus berpuashati makan tulang.  

Kredit teaser: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment