BERTIUP kencang dunia politik di Malaya konon-kononnya Pakatan Nasional antara UMNO dan PAS serta parti-parti yang lain hendak bergabung dengan PPBM bagi memastikan Perdana Menteri Malaysia sekarang kekal menjadi kepimpinan negara.
Dalam pada itu tidak kurang yang mencanang-canangkan bahawasanya ahli Parlimen Sarawak dari Gabungan Parti Sarawak akan turut serta di dalam pemuafakatan tersebut lantas boleh menyebabkan tampuk pemerintahan Putrajaya sekarang bertukar tangan tanpa diadakan PRU sekalipun dengan menolak gabungan antara DAP, PKR dan PAN dengan kuasa majoriti kerusi di Parlimen.
Pautan adalah seperti berikut:
https://www.facebook.com/RajaPetraKamarudin/photos/a.10152261063886094/10157139010941094/?type=3&theater
Mengulas mengenai khabar angin ini, Datuk Patinggi (Dr.) Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg yakni Ketua Menteri Sarawak yang juga Presiden Gabungan Parti Sarawak mempunyai pendiriannya sendiri iaitu GPS AKAN KEKAL BERSENDIRIAN TANPA MEMIHAK SIAPA-SIAPA. Kepentingan Sarawak itu lebih diutamakan.
Pautan berita penuh:
Biarlah Malaya dengan politik mereka yang tidak sudah-sudah. GPS lebih memilih untuk terus berkhidmat memperkasakan Sarawak disamping itu berjuang untuk mendapatkan semula hak-hak yang terhakis dan hilang, itu lebih penting!
No comments:
Post a Comment