Friday 21 February 2020

TIGA KENYATAAN BERLAINAN, KEJUJURAN PUTRAJAYA WAJAR DIPERSOALKAN!


TATKALA Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Patinggi Dr. Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg mengatakan bahawa pembayaran kontra sebanyak RM700 juta untuk membaikpulih sekolah-sekolah daif di Sarawak telah dibayar kepada Putrajaya namun begitu tiada satupun sekolah yang dibaikpulih menggunakan peruntukan tersebut setakat ini sememangnya sesuatu yang amat mengecewakan kita semua.  Sebagai rakyat Sarawak sudah tentu kita menuntut mengapa hal ini harus terjadi kerana yang menjadi mangsa adalah generasi pelajar anak Sarawak yang masih lagi terkapai-kapai belajar di dalam situasi yang tidak menyenangkan.  

Dalam pada itu kita turut mendengar bagaimana reaksi Pengerusi DAP Sarawak iaitu YB Chong Chieng Jen yang seperti biasa akan cuba memutarbelit fakta demi untuk menyelamatkan “tuannya” di Malaya.  Di dalam kenyataannya dua hari yang lepas, Chong menyelar kenyataan KM Abang Jo dengan mengatakan bahawa kerja-kerja untuk membaikpulih sekolah daif sudahpun bermula.  


Hakikatnya apa yang cuba dimomokkan oleh YB Chong itu berlawanan dengan kenyataan daripada Lim Guan Eng iaitu bos sekapal dengannya di Persekutuan.  Ini kerana LGE sendiri mengaku bahawa tiada kerja-kerja baikpulih sekolah-sekolah daif dilakukan dengan menggunakan pembayaran kontra RM1 bilion yang dibayar oleh Sarawak.  

Antara alasan yang digunapakai oleh LGE bahawa kerja-kerja tidak dapat dilakukan adalah kerana Kementerian Pendidikan Sarawak yang mahukan sesetengah sekolah daif ini digabungkan menjadi satu sekolah sahaja.  

Pautan berita seperti berikut:

https://www.theborneopost.com/2020/02/20/sarawaks-centralised-school-idea-held-up-dilapidated-schools-repair-says-guan-eng/
Dan berbicara soal penggabungan sekolah daif itu juga turut mendapat respons Menteri Kerjaraya iaitu YB Baru Bian yang bertegas mengatakan bahawa penggabungan sekolah bukanlah alasan untuk tidak membaikpulih sekolah-sekolah daif di Sarawak.  Beliau sendiri mahukan ia dilaksana seberapa segera yang boleh kerana beliau mengetahui jerih-perih anak-anak Sarawak yang belajar di sekolah daif di Sarawak.  

Pautan berita penuh seperti berikut:


Chong dengan kenyataan lebih sudu dari kuah telah dibidas oleh Menteri Pendidikan Sarawak iaitu DS Michael Manyin yang mempersoalkan fakta yang diberikan oleh beliau yang sememangnya hanya “cakap murahan” Chong seperti biasa.  Padahal itu bukan bidang kuasa kementerian yang diwakili oleh Chong Chieng Jen sebagai Timbalan Menteri KPDNKK.  Fakta beliau langsung TIDAK SAMA dengan apa yang diperkatakan oleh LGE.  Manakala kenyataan LGE yang memberikan alasan yang tidak masuk dek akal iaitu kelewatan kerana masih belum ada kata putus mengenai penggabungan sekolah sememangnya bercanggah sama sekali dengan apa yang dilontarkan oleh Menteri Kerjaraya YB Baru Bian yang mana kementeriannya yang bertanggungjawab atas isu ini secara langsung.  

Mengapa terlalu banyak kenyataan yang bercanggah biarpun dari kapal yang sama? YB Chong sudah-sudahlah menjadi “superman” menjadi “menteri penauk” dengan hampir kesemuanya dia hendak masuk campur.  YB Baru Bian sudah tentu almaklum akan keadaan sekolah daif di Sarawak dan seharusnya beliau memperjuangkan itu sebagai misinya bukannya sudah diketuk baharulah ada bunyi.  

Sekarang kejujuran Putrajaya yang dipersoalkan samada mahu atau tidak membaikpulih sekolah-sekolah daif di Sarawak.  RM700 juta pembayaran kontra sudah dibayar dan itu hak rakyat Sarawak.  Jangan sesekali menggunakannya untuk tujuan yang lain kerana itu pembayaran “in advance”.  Setuju dengan kenyataan daripada Datuk Seri Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar beberapa hari yang lepas yakni beliau berkata andai Putrajaya tidak mampu, KEMBALIKAN DUIT TERSEBUT DAN BENARKAN SARAWAK MENGURUSKANNYA SENDIRI walaupun Pendidikan itu adalah bidang kuasa Persekutuan.  

Hendak seribu daya, kalau tidak hendak seribu dalih! 

No comments:

Post a Comment