Monday, 3 February 2020

KES PERTAMA POSITIF 2019-nCoV LIBAT RAKYAT MALAYSIA


MELALUI sidang media yang dilakukan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, Dr. Dzulkefly Ahmad sebentar tadi mengumumkan terdapat dua lagi pertambahan pesakit positif corona virus di Malaysia yang menjadikan jumlah keseluruhan sekarang di Malaysia adalah 10 kes.  Dari 10 kes tersebut sembilan adalah warga China dan pada hari ini juga kita mendapat berita duka kerana adanya seorang rakyat Malaysia yang dijangkiti virus tersebut.  

Difahamkan individu itu terkena jangkitan virus ketika mengunjungi negara jiran untuk tujuan menghadiri mesyuarat dan dikatakan ada peserta dari negara China turut berada di tempat yang sama. Beliau kemudian kembali ke tanahair pada 21 Januari 2020. Dua hari selepas itu beliau mengalami demam dan batuk-batuk seterusnya mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta di Selangor dan seterusnya dirujuk ke Hospital Sungai Buloh. Ujian darah yang dilakukan ke atas individu ini menunjukkan beliau disahkan positif 2019-nCoV pada tanggal 3 Februari 2020. Buat masa ini difahamkan individu ini keadaan kesihatannya stabil dan masih lagi menerima rawatan di HSB.

No comments:

Post a Comment