Saturday, 8 February 2020

HAK SARAWAK AKAN TERUS DIPERTAHANKAN BIAR NYAWA GALANG GANTINYA


“SELAGI GPS masih berkuasa, langkah mayat saya dahulu jika hendak mengambil hak-hak Sarawak.  Kita akan terus bersatu mempertahankannya dan bukan bermakna kita akan keluar Malaysia”.. begitulah kata-kata perjuangan yang diucapkan oleh Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Patinggi (Dr.) Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Openg ketika melancarkan GPS Zon 9 Sibu di Dewan Suarah Sibu hari ini, 8hb Februari 2020.  

Menurut CM Abang Jo kuasa autonomi imigresen, sistem penghakiman dan hak ke atas tanah (Sarawak Land Code) termasuk hasil bumi minyak dan gas serta yang lain seperti termaktub di dalam perlembagaan akan terus dipertahankan dan GPS akan berjuang berhabis-habisan bagi memastikan ianya terus utuh dipegang oleh Sarawak.

Tambah beliau lagi, hak dan Perjanjian Malaysia 1963 wajib disahihkan dahulu kerana itu merupakan hak Sarawak.

No comments:

Post a Comment