Sunday 2 February 2020

ADUN TUPONG SELAR PEMBOHONGAN PENGERUSI SAHABAT KEADILAN SARAWAK MENGENAI SHELL


BEBERAPA hari yang lepas, Pengerusi Sahabat Keadilan Sarawak yakni Iswardy Morni telah mengeluarkan kenyataan di dalam laman mukabukunya mendakwa bahawa SHELL iaitu antara syarikat antarabangsa yang membuat explorasi minyak dan gas di Sarawak membayar KURANG DARI 5% cukai jualan (SST) produk petrol dan gas kepada Kerajaan Sarawak.  

Mengulas isu itu, YB Fazzruddin Abdul Rahman yakni ADUN Tupong (GPS) menempelak kenyataan Pengerusi Sahabat Keadilan Sarawak yang menurut beliau adalah satu pembohongan semata-mata.  Apa yang cuba disajikan oleh Iswardy adalah untuk memutarbelitkan kenyataan yang sebenar malah tuduhan tanpa asas sebegitu akan boleh mengganggugugat kredibiliti SHELL sebagai sebuah syarikat antarabangsa.  

Menurut ADUN Tupong, SST adalah pendapatan “istimewa” yang diberikan kepada Sarawak seperti yang termaktub di dalam undang-undang. Hasil daripada SST inilah yang digunakan untuk membangunkan Sarawak. Iswardy menurut beliau seharusnya sedar bahawa telah tertulis di dalam manifesto PH pada PRU lepas untuk menaikkan royalti minyak dari 5% kepada 20% namun sudah disahihkan ianya hanya satu janji dicapati sahaja.  

Pautan berita penuh:


Begitulah gayanya seorang yang konon-konon dikatakan “bakal YB PKR” di Asajaya kelak yang sehingga kini jika kita lihat di media sosial, PKR Sarawak masih bercakaran sesama sendiri hanya kerana ada yang pro kartel dan pro Anwar.  Mungkin hanya untuk meraih populariti sepertimana ketika beliau mengemudi “Bajet Harapan Sarawak 2020” yang dihantar ke Wisma Bapa Malaysia tahun lepas.  “Bajet Nyunsung” yang menjadi bahan ketawa ramai rakyat malah PKR Sarawak sendiri mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa ianya bukan daripada mereka.  

Bohong dan fitnah memang sudah lali di dalam permainan politik mereka.  Bertanding di bahagian cabang pun kalah.  Lebih sudu dari kuah!  

No comments:

Post a Comment