Tuesday, 4 February 2020

HSM REKOD KES PERTAMA PULIH DARI JANGKITAN 2019-nCoV DLM MALAYSIA


29 Januari yang lalu seorang kanak-kanak berusia 4 tahun yang mengikuti keluarganya (warga negara China) melancong ke Langkawi telah disahkan positif corona virus dan dikuarantin untuk mendapat rawatan lanjut di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi.  Dan berkat kesungguhan dan semangat dedikasi para petugas kesihatan di HSM memberikan perkhabaran gembira buat kita semua apabila semalam menyaksikan kanak-kanak tersebut disahkan sihat sepenuhnya daripada jangkitan virus yang merbahaya itu.  

Sekaligus ianya juga pencapaian yang memberangsangkan buat Kementerian Kesihatan Malaysia kerana inilah kes pertama di Malaysia yang berjaya memulihkan pesakit positif 2019-nCoV.  Kejayaan ini juga mampu menangkis tanggapan orangramai bahawa tiada lagi ubat yang boleh memulihkan sesiapa sahaja yang dijangkiti virus tersebut.  

Pautan berita penuh:


Tahniah HSM dan KKM atas kejayaan ini dan semoga para pesakit yang masih lagi positif 2019-nCoV di Malaysia akan diberikan kesembuhan yang sama.  Sesungguhnya kami rakyat Malaysia begitu banyak terhutang budi kepada petugas-petugas kesihatan di seluruh Malaysia yang menjadi barisan hadapan bergadai nyawa serta keletihan yang amat sangat bagi memastikan wabak pademik corona virus dapat dibendung dengan seberapa segera.  

Gambar: Foto ehsan FB KKM 

No comments:

Post a Comment