Saturday 15 February 2020

MALAYSIA CATAT 21 KES POSITIF SETAKAT 15/2/2020


HARI ini 15 Februari 2020, Malaysia mencatatkan dua lagi kes positif Covid-19 yang menjadikan kesemuanya adalah 21 kes setakat ini.  Kedua-dua kes tersebut melibatkan warganegara China iaitu seorang lelaki berusia 27 tahun dan seorang wanita berusia 31 tahun.  Lelaki berusia 27 tahun adalah seorang ahli perniagaan yang mana gagal di dalam ujian saringan kesihatan ketika cuba melepasi pintu masuk ke Malaysia iaitu di Bukit Kayu Hitam.

Difahamkan juga wanita berusia 31 tahun adalah merupakan seorang pemastautin tetap di Malaysia kerana berkahwin dengan warga tempatan.  Dikatakan beliau ada pulang ke China dari 22 hingga 30 Januari yang lepas.  
Kedua-duanya telah diletakkan di wad isolasi iaitu di Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah dan Hospital Sultanah Maliha, Langkawi.

Pautan berita penuh:

No comments:

Post a Comment