MISI membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas di Wuhan akibat daripada pademik Corona Virus akhirnya berjaya direalisasikan apabila 107 rakyat Malaysia bersama-sama dengan keluarga serta anak-anak mereka mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang kira-kira jam 5.57 awal pagi tadi. Sebelum itu penerbangan khas yang menggunakan pesawat Air Asia bersama-sama dengan 12 anak kapal dan lapan pegawai perubatan telah berlepas ke Wuhan pada hari Isnin, 3 Februari 2020 pada jam 3.30 pagi.
Sejurus tiba di KLIA, kesemua mereka dikehendaki untuk menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum dibawa dengan menggunakan bas khas untuk ke pusat pemantauan yang telah ditetapkan.
Pautan berita penuh:
https://www.theborneopost.com/2020/02/04/malaysians-from-wuhan-arrive-at-klia/
Gambar ehsan: Bernama
No comments:
Post a Comment