DIFAHAMKAN kepulangan 108 rakyat Malaysia beserta dengan 24 bukan warganegara yang merupakan pasangan serta anak-anak mereka dari Wuhan, China dijadualkan esok hari, 3 Februari 2020. Mereka akan pulang dengan menggunakan penerbangan khas iaitu pesawat Air Asia bersama 12 anak kapal dari Lapangan Terbang Antarabangsa Wuhan Tianhe, China.
Setakat ini tidaklah diketahui bilakah jadual penerbangan mereka kerana usaha masih lagi dilakukan bagi memuktamadkannya. Turut dinyatakan hanya yang didapati sihat untuk menaiki pesawat akan dibenarkan pulang selepas tapisan kesihatan dilakukan oleh Kerajaan China di kawasan lapangan terbang itu kelak.
Pautan berita penuh:
Sama-samalah kita berdoa agar dipermudahkan perjalanan pulang semua rakyat kita di sana.
No comments:
Post a Comment